Isu Remaja Pijak Bendera Johor Tindakan Tak Bertamadun

Isu Remaja Pijak Bendera Johor Tindakan Tak Bertamadun | Belum pun Final Piala Malaysia 2014 dilangsungkan, provokasi antara penyokong telah bermula dengan tindakan segelintir pihak yang tak bertamadun memijak bendera Johor.

PBNP Kutuk Tindakan Pijak Bendera Johor

Dalam gambar yang tersebar luas di laman sosial, sekumpulan remaja memegang mafla dan jersi Pahang sambil menutup wajah mereka dan memijak bendera Johor. 

Tindakan ini mendapat kritikan sekeras-kerasnya daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, tindakan ini kurang bertamadun. Beliau bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ),  Tunku Ismail Sultan Ibrahim sangat kesal dengan tindakan seumpama itu yang boleh menjejaskan semangat kesukanan.

“Kita kini sedang menyiasat sama ada perbuatan ini dilakukan penyokong Pahang atau tidak dan amat kesal dengan insiden ini yang tidak membawa faedah kepada mana-mana pihak.

“Perbuatan sebegini pastinya boleh menjejaskan imej pasukan dan penyokong malah negeri ini sendiri,” katanya semalam. Lapor Sinar Harian


Final Piala Malaysia antara JDT dan Pahang akan berlangsung 1 November 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


1 comment... add one now

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 27 Oktober, 2014
semuanya terlalu mengikut perasaan sangat...