Jadual PCB 2016 Potongan Cukai Bulanan

Jadual Potongan Cukai Bulanan PCB LHDN/ Income Tax 2016. Anda seorang pekerja yang terlibat dengan potongan cukai? Berikut disertakan Jadual Potongan Cukai Bulanan (Schedule of Monthly Tax Deductions) yang dikeluarkan bagi memudahkan majikan yang tidak menggunakan perisian pembayaran gaji berkomputer (payroll system) dalam menentukan PCB bagi pekerjanya.

Jadual potongan cukai (PCB) 2016 dari sumber Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia ini juga boleh dijadikan panduan oleh pekerja yang terlibat dalam pemotongan cukai bulanan.
jadual pcb 2016 lhdn

Jadual PCB 2016 Potongan Cukai Bulanan Income Tax

Untuk memuat turun atau download Jadual PCB 2016, sila klik pautan url di bawah ini :-
Bagi mereka yang tidak tahu lagi apa itu PCB, sila baca FAQ soalan lazim yang dikongsikan dari LHDN di bawah ini.

Apa itu PCB?

PCB adalah satu mekanisme potongan cukai pendapatan daripada saraan
bulanan semasa pekerja mengikut Jadual Potongan Cukai Bulanan atau
kaedah-kaedah lain yang  diluluskan  oleh  Ketua  Pengarah  (selepas  ini
dirujuk sebagai  “Kaedah  Pengiraan  Berkomputer”) menurut  yang   diperuntukkan  di bawah   Kaedah   3,   Kaedah-Kaedah   Cukai   Pendapatan   (Potongan   daripada Saraan)  1994  (Kaedah  PCB).  Potongan  ini  bertujuan  untuk  mengurangkan beban pekerja membayar cukai sekaligus apabila cukai dikira. Kaedah   PCB   diperuntukkan   di   bawah   sub seksyen   107(2)   Akta   Cukai Pendapatan 1967(Akta). 

Jenis pendapatan yang layak dikenakan PCB

Pendapatan  berkenaan  dengan  perolehan  atau  keuntungan  daripada  sesuatu pekerjaan  selain  manfaat  berupa  barangan  di  bawah  perenggan
13(1) (b) dan 13(1) (c) Akta dengan  syarat  bahawa  dalam  kes  sesuatu  pemilihan  yang  tidak boleh  dibatalkan  dibuat  oleh  pekerja  di  bawah  kaedah  2A,  perolehan  atau keuntungan  daripada  sesuatu  pekerjaan  hendaklah  termasuk  manfaat  berupa barangan di bawah perenggan 13(1) (b)
dan 13(1) (c) Akta.

Contoh  gaji,  upah,  komisen,  kerja  lebih  masa,  elaun,  yuran  pengarah,  tip, bonus/insentif, perkuisit,  ganjaran,  pampasan  kerana  kehilangan  pekerjaan  dan lain-lain. 

Semoga Jadual PCB 2016 Potongan Cukai Bulanan dan informasi berkenaan PCB di atas bermanfaat buat semua.


0 comment... add one now