Kempen 'I Want to Touch a Dog' Bercanggah Dengan Mazhab Kita


Kempen 'I Want to Touch a Dog'
Kempen 'I Want to Touch a Dog' Bercanggah Dengan Mazhab Kita Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganggap penganjuran Kempen 'I Want to Touch a Dog' sebagai mencipta budaya baru dan boleh membawa kepada perbuatan menghina Islam.

Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, penganjuran kempen memegang anjing secara sengaja dan terbuka kepada umum termasuk mereka yang beragama Islam tanpa sebarang sebab yang munasabah itu menimbulkan keresahan terutama di kalangan umat Islam.

"Secara jelas ia bercanggah dengan pegangan mazhab dan adat di Malaysia. Menurut Mazhab Syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram disisi Islam.

"Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai ‘Mughallazah’ namun kaedah itu bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis itu secara sengaja.

"Tindakan berkenaan menyamai orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, tindakan pihak penganjur adalah dikhuatiri mempunyai agenda terselindung dan secara jelas dilihat seolah-olah mencipta budaya baru serta menghina agama Islam.

"Malaysia adalah sebuah negara yang berpegang kepada mazhab Syafie sebagai mazhab rasmi. Justeru, Jakim perlu memastikan umat Islam di negara ini mengamalkan syariat yang tidak menyalahi Mazhab berkenaan.

"Pada dasarnya, Islam tidak memandang keji kepada binatang anjing sebagai makhluk Allah. Apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuh anjing tanpa sebab adalah sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam.

"Bagaimanapun, berdasarkan mazhab itu, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan berkenaan sebagai binatang peliharaan.

"Islam mewajibkan semua umatnya untuk memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat agar ia tidak menjejaskan amal ibadah seharian," katanya.
Katanya, Jakim akan memanggil pihak penganjur bagi mendapatkan penjelasan selanjutnya berhubung perkara itu.

Harian Metro sebelum ini melaporkan ratusan orang awam hadir pada acara ‘I Want to Touch a Dog’ iaitu sebuah program bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.lapor myMetro

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


1 comment... add one now

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 21 Oktober, 2014
semalam heboh kan dengan I Want To Touch A Dog ni...