Malaysia Tewaskan Pakistan Untuk Tempat Kelima Hoki Piala Sultan Johor 2014

Hoki Piala Sultan Johor 2014
Malaysia Tewaskan Pakistan Untuk Tempat Kelima Hoki Piala Sultan Johor 2014 | Skuad hoki muda negara akhirnya berjaya menamatkan kemarau tanpa kemenangan dalam kejohanan Piala Sultan Johor 2014 selepas menewaskan Pakistan 3-1, hari ini untuk mencari sedikit penawar duka.
Kemenangan bermoral ini dalam perlawanan penentuan tempat kelima di Stadium Hoki Taman Daya, di sini harus dianggap penting kerana berjaya mengelak mereka daripada menghuni tangga tercorot dalam kejohanan enam negara kali ini.
Gol kemenangan skuad Projek 2016 Malaysia adalah sumbangan Muhammad Haziq Samsul hasil jaringan padang pada minit keenam, Muhammad Najmi Farizal Jazlan (m-24) dan Shahril Saabah (m-32).
Gol tunggal Pakistan adalah menerusi Naveed pada minit ke-45 hasil satu rembatan kilas yang cantik.
Dalam perlawanan liga sepusingan, semalam skuad negara dan Pakistan seri 2-2.
Jurulatih skuad negara, Arul berkata pasukan muda ini memerlukan lebih banyak perlawanan untuk menambahkan tahap permainan serta menjadi matang.
"Saya rasa pasukan ini perlu lagi 30 perlawanan termasuk untuk tiga penjuru menentang India dan Britain.
"Saya akan mencadangkan kepada MHC (Konfederasi Hoki Malaysia) dan harap ia diterima," katanya selepas tamat perlawanan penentuan tempat kelima, hari ini.
Dalam perlawanan liga sepusingan yang lain, skuad negara tewas kepada Australia 2-1, seri 1-1 ketika menentang New Zealand, kalah kepada Britain 3-2 dan tewas kepada India 4-2 - BH online.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now