Mana Ada Puting Beliung Di Pulau Pinang Semalam

Mana Ada Puting Beliung Di Pulau Pinang SemalamGeorgetown: Jabatan Meteorologi menyangkal dakwaan kononnya berlaku puting beliung di Jambatan Pulau Pinang, petang semalam, seperti yang tersebar secara meluas di dalam laman sosial, hari ini.

berita palsu Puting Beliung Di Pulau Pinang
Gambar Palsu Puting Beliung Berlaku Di Penang Semalam
Jurucakapnya berkata, sehingga kini tiada laporan diterima mengenai kejadian yang diuar-uarkan itu termasuk tiada angin kencang berlaku di negeri ini seperti yang didakwa berlaku ketika hujan lebat, petang semalam.

"Tiada kejadian puting beliung seperti yang tersebar di dalam media sosial dan kami menasihat orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan khabar angin yang dilaporkan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, tiada amaran angin kencang dilaporkan berlaku di negeri ini.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut diminta menghubungi Ibu Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia di talian 03-79618116.9 - myMetro

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now