Pandangan Orang Ramai Tentang Google Street View Di Malaysia

Google Street View Di Malaysia
Pandangan Orang Ramai Tentang Google Street View Di Malaysia | Pengumuman oleh Google Malaysia bahawa hampir 90 peratus imej pemandangan yang didapati di sepanjang jalan-jalan semenanjung Malaysia boleh dilihat di laman peta Google Street View telah mengundang pelbagai reaksi Rakyat Malaysia.

Ia termasuk lebuh raya utama dan jalan bertol, jalan negeri, pusat bandar dan kawasan kejiranan.

Apa Itu Google Street View?
Google Street View is a technology featured in Google Maps and Google Earth that provides panoramic views from positions along many streets in the world. It was launched in 2007 in several cities in the United States, and has since expanded to include cities and rural areas worldwide. Streets with Street View imagery available are shown as blue lines on Google Maps.
Google Street View displays panoramas of stitched images. Most photography is done by car, but some is done by trekker or tricycle.

Pada satu majlis untuk memperkenalkan perkembangan terbaharu Google Street View di Malaysia, Pengarah Urusan Google Malaysia, Sajith Sivanandan berkata, antara imej-imej baharu yang diberi tumpuan adalah Taman Negara, destinasi pelancongan seperti Pulau Langkawi dan Pangkor, tapak warisan UNESCO seperti Pulau Pinang dan Melaka, juga pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya.

“Kami ingin membantu orang ramai meneroka tempat yang baharu. Kami ingin anda menggambarkan destinasi itu sebelum memulakan perjalanan. Memang seronok untuk meneroka tempat baharu, tetapi kita boleh meneroka dengan melihat Google Street View terdahulu. 

“Kami mahu Google Maps dan Google Street View untuk terus memberi manfaat kepada pengguna,” jelas beliau.
Google Street View Di Malaysia

Google Malaysia dalam pada itu berharap penglibatan mereka melalui penyediaan peta yang lebih baik dapat membangunkan ekonomi negara untuk jangka masa panjang.

“Malaysia merupakan negara pelbagai dan berkembang, dan dengan menyediakan pengguna dan perniagaan dengan maklumat peta lebih berguna, Street View juga dapat membantu mencipta kesan ekonomi berpanjangan.

“Satu per lima pencarian di Google adalah mengenai lokasi. Ia dapat membantu pengguna dan sekali gus  membantu perniagaan,” kata Sajith.

Google Street View akan dikemaskini setiap sebulan atau dua bulan. Perancangan Google Malaysia adalah untuk menerbitkan imej Street View di Sabah dan Sarawak.

“Kita tidak akan berhenti. Kita sudah ada ‘base’ dan kita juga akan membuat ‘time machine’ supaya dalam tempoh enam bulan akan datang, anda boleh membuat perbandingan kerana jalan raya di Kuala Lumpur, sebagai contoh, kerap berubah,” jelasnya.

Kereta Street View mula bergerak pada tahun lepas untuk merakam gambar pemandangan jalan raya dan lebuh raya di Malaysia.

Bagi kawasan-kawasan bukan jalan utama (off road), imej diambil oleh ‘Street View Trekker’ menggunakan sistem kamera diletakkan pada beg sandang. Manakala bagi pemandangan laut pula, pasukan Street View menaiki bot (canoe) untuk merakam imej persekitaran.

Pasukan Street View terdiri daripada pasukan operasi daripada Google, kontraktor dan juga rakan kongsi yang boleh membantu merakam video bagi pihak pasukan Google Street View.


Pandangan Orang Ramai Tentang Google Street View Di Malaysia
Google Street View Di Malaysia
Rata-ratanya berkata ia menjejaskan privasi kerana kediaman mereka boleh dilihat di laman dan aplikasi Google Maps.

“Membuka ruang untuk perompak datang merompak rumah,” tulis Nazron Amir Mohd Naser.

Sambung Ahmad Faidzal, “Memudahkan kerja perompak. Taip alamat jer, pilih rumah mana satu hendak rompak.”

Sham Sharif yang mencari kediaman keluarga menerusi Google Street View terperanjat kerana Arwah ayah beliau kelihatan di laman berkenaan.

“Baru lepas Google rumah di Ipoh. Terperanjat kami Nampak Arwah ayah yang sedang tutup gate masjid. Map itu diambil tahun lepas. Ayah meninggal pada Ogos tahun ini,” tulis beliau.

Pengguna Facebook Nik Soh Che Man teknologi ada baik dan buruknya.

“Kita perlulah berhati-hati dan belajar mengenalpasti langkah-langkah untuk mengelak daripada anasir jahat yang mungkin akan dilakukan dengan kemudahan teknologi tersebut,” tulisnya.

Pada majlis pengumuman perkembangan terkini Google Street View, Pengarah Urusan Google Malaysia, Sajith Sivanandan berkata imej dirakam di jalan raya awam dan mereka menitikberatkan isu privasi. Muka-muka orang awam dan plat kenderaan dikaburkan.

Pengguna boleh melaporkan jika mereka tidak senang dengan imej-imej yang dipaparkan di Google Street View - Via Wikipedia dan Astro Awani dengan olahan Rossa Calla


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

4 comments.. read them below or add one

Pak kiE Pak kiE 03 Oktober, 2014
salam,boleh listkan blog saya dalam blog tuan http://beritapantas92.blogspot.com/
Rossa Calla Rossa Calla 13 Oktober, 2014
salam, sudah masuk
minta jasa baik juga utk masukkan
Rossa Calla Rossa Calla 13 Oktober, 2014
maaf gagal masuk kerana masalah teknikal....hanya blog tuan sahaja yang tak dapat masuk