Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 Tahun 2014

Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41

Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 Tahun 2014 | Dipetik dari Jadual Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam, Portal Rasmi SPA, Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 akan diadakan pada 1 November 2014.

21.Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 [ Panduan ]01.11.2014NovemberSabtu

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon 
mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan 
pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. 

Justeru soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas. 

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. 

Peperiksaan ini melibatkan empat (4) kertas berasingan. Calon-calon perlu 
menunjukkan prestasi yang baik bagi kesemua kertas. Jika prestasi yang baik 
dipamerkan pada satu (1) kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada kertas tertentu sahaja. 

Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. 

Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ‘Assesment Centre’ akan ditemu duga. 

SUKATAN PEPERIKSAAN 
1. Ujian ini mengandungi dua seksyen iaitu: 

i) Seksyen A – Pengetahuan Am 
ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah 
iii) Seksyen C – Esei Bahasa Melayu 
iv) Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris 

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM 
Masa : 45 Minit 
Bilangan Soalan : 50 

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/ kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan.

Contoh Soalan: 
1. Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, kecuali

A menangani kos sara hidup. 
B mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan. 
C memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman. 
D meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah. 

Jawapan: B 

2. Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) merupakan bantuan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada

I kanak-kanak. 
II balu askar dan polis. 
III orang kelainan upaya. 
IV mangsa bencana alam. 

A I, II dan III 
B I, II dan IV 
C I, III dan IV 
D II, III dan IV 

Jawapan: A 

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH 
Masa : 45 Minit 
Bilangan Soalan : 40 

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut: 

i) Kemahiran Menggunakan Logik 

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta 
kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang 
tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan. 

Contoh Soalan: 
Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 Tahun 2014

Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 Tahun 2014


ii) Kemahiran Menginterpretasi Data 
Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan

Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 Tahun 2014
Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 Tahun 2014
Contoh soalan lain di SINI

iii) Konsep Matematik 
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. 
Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka 
menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan 
yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran 
Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia). 

Contoh soalan di SINI

SEKSYEN C – ESEI BAHASA MELAYU 
Masa: 1 jam 
Bilangan Soalan: Tiga (3) soalan pilih satu (1) 

Panjang esei: Bilangan perkataan tidak dihadkan 
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki memberikan pandangan tentang sesuatu isu. Contohnya: “Langkah-langkah menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.” 

Penilaian adalah berdasarkan idea dan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. 

SEKSYEN D – ESEI BAHASA INGGERIS 
Masa: 1 jam 
Bilangan Soalan: Tiga (3) soalan pilih satu (1) 

Panjang esei: Bilangan perkataan tidak dihadkan 
Dalam seksyen ini calon, dikehendaki memberikan pandangan tentang sesuatu isu. Contohnya: “Electronic Government in Malaysia.” 

Penilaian adalah berdasarkan idea dan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. 

PANDUAN MENJAWAB SOALAN 
Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini. 

Soalan Objektif 
(Soalan-soalan di dalam Seksyen A dan B) 

a. Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini 
adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga 
meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian, terdapat beberapa 
soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana 
berada di luar bidang pengkhususan. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak 
boleh dijawab, calon dinasihatkan agar tidak membuang masa dan terus 
menjawab soalan-soalan berikutnya. Apabila masa mengizinkan, kembali 
kepada soalan tersebut. 

b. Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan di mana empat (4) opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih satu (1) jawapan sahaja. 

c. Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses 
menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. 

Jika alat tulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer 
tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat pengiraan, jawapan 
contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang 
dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan. 

Soalan Esei 
(Soalan-soalan di dalam Seksyen C dan D) 
a. Soalan-soalan esei terdapat di dalam dua (2) seksyen iaitu Seksyen C (Esei 
Bahasa Melayu) dan Seksyen D (Esei Bahasa Inggeris). Bagi setiap seksyen, 
calon perlu memilih satu (1) daripada tiga (3) soalan yang dikemukakan. 

Akhir kata calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga. Hal ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 adalah lebih baik. 

‘Selamat Maju Jaya’ 


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now