Pemeriksaan JPJ Percuma Plat Kenderaan Dan Lampu Putih Oktober 2014

Pemeriksaan JPJ Percuma
Pemeriksaan JPJ Percuma Plat Kenderaan Dan Lampu Putih Oktober 2014 | Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menawarkan perkhidmatan pemeriksaan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi, lampu putih dan penggunaan lampu 'strobe' secara percuma hingga 31 Oktober 2014 ini.
Pengarahnya Datuk Hassan Yaccob, berkata pemeriksaan itu ditawarkan di JPJ Seberang Jaya, di sini dan JPJ Batu Uban di bahagian pulau bagi membolehkan pengguna memeriksa kenderaan mereka sama ada ia mengikut spesifikasi atau sebaliknya.
"Mana-mana pengguna yang was-was sama ada kenderaan mereka mengikut spesifikasi terutama membabitkan kesalahan nombor pendaftaran kenderaan, lampu putih dan penggunaan lampu strobe mereka boleh buat pemeriksaan di JPJ.
Operasi Khas yang bermula 1 November 2014 ini, tindakan akan dikenakan terhadap pengguna yang gagal mematuhi peraturan iaitu masih menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, lampu putih dan penggunaan lampu strobe - BERNAMA
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now