Peneroka Felda Bukit Goh Bakal Jadi Jutawan Kerana Bauksit?

Peneroka Felda Bukit Goh Bakal Jadi JutawanPeneroka Felda Bukit Goh Bakal Jadi Jutawan Kerana Bauksit? | Peneroka yang berhasrat menyertai aktiviti melombong bauksit di Felda Bukit Goh dekat sini dinasihat agar terlebih dahulu memahami prosedur untuk melombong mineral itu sebelum memberi kebenaran kepada syarikat tertentu.

Menurut sumber Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri, pemilik tanah perlu memohon 'lesen cari gali' terlebih dahulu dan ia memerlukan tandatangan setiap penama yang memiliki tanah selain mendapatkan laporan dari konsultan cari gali mineral sebelum tanah itu diberikan hak untuk dilombong.

"Dalam kes perlombongan bauksit di Bukit Goh ini, saya difahamkan terdapat pelombong-pelombong yang terus memohon permit dari PTG untuk melombong mineral itu.

"Prosedur itu tidak tepat kerana pelombong tidak boleh memohon, hanya pemilik sebenar tanah yang boleh memohon lesen," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan penemuan sejumlah mineral bauksit di kawasan Felda Bukit Goh oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini.

Menurut laporan itu, kira-kira 600 peneroka bakal menerima pulangan sejumlah RM1.8 juta seorang daripada 10 ekar tanah milik mereka yang bakal dilombong kelak.

Bauksit adalah mineral utama bagi penghasilan besi aluminium yang kini mempunyai permintaan tinggi di seluruh dunia selepas kejatuhan harga bijih timah di pasaran.

Sementara itu, Ketua Kampung Felda berkenaan, Mat Zahari Derahman, 65, ketika dihubungi berkata, adalah tidak tepat laporan yang mengatakan setiap peneroka akan menerima RM1.8 juta seorang jika tanah mereka dilombong nanti.

"Saya difahamkan, dalam 10 ekar tanah tu, bukan semuanya ada bauksit. Mungkin ada yang lapisan bauksit mencapai 90 peratus dan mungkin ada yang 10 peratus sahaja," katanya - BERNAMA


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now