Pengerusi MyWatch Bidas Kritikan Beli Plat BMW8

pembida plat bmw
Pengerusi MyWatch Bidas Kritikan Beli Plat BMW8 Pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch, R. Sri Sanjeevan mempersoalkan mengenai motif penyebaran dua nombor plat kenderaannya "BMW" yang bernilai kira-kira RM340,000 dengan menyatakan bahawa perkara itu dibuat menggunakan wang miliknya untuk apa sahaja yang disukainya.
"Ia merupakan satu taktik murahan untuk menyerang saya kerana semuanya dilakukan secara sah. Tiada sesiapa boleh persoalkan saya. Saya berusaha keras untuk mendapatkan wang dan saya boleh melakukannya sebagai kepuasan."
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai satu gambar yang tersebar di media sosial mengenai pembida siri nombor plat "BMW", yang menyenaraikan beliau sebagai pemilik nombor plat BMW8 dan BMW11, masing-masing dengan harga RM174,776 dan RM165,000.
Siri nombor plat BMW ini terbuka untuk tender awam di pejabat JPJ di seluruh negara dari 14 hingga 28 Ogos lalu.
pemenang plat bmw
Turut berada di dalam senarai pemilik nombor plat "BMW" ialah jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, yang dikatakan membayar RM97,777 untuk BMW6.
Sanjeeva mendapat perhatian umum selepas beliau ditembak di persimpangan lampu isyarat di Bahau, Negri Sembilan pada Julai 2013 dan berada dalam keadaan koma selama beberapa minggu.
Beliau yang merupakan ketua pemantau jenayah MyWatch, telah mendedahkan dakwaan salah laku dan penyelewengan dana dalam polis.
Sanjeevan berkata, beliau membeli nombor plat itu bagi tujuan pelaburan dan mempunyai sumber kewangan untuk membelinya.
Menurut Sanjeevan, beliau telah lama berkecimpung dalam industri perhotelan sebelum memulakan kumpulan pemantau jenayah pada 2012.
"Saya merupakan seorang pengurus kanan untuk Hotel Hilton selama lima tahun, dan berada dalam bidang perhotelan banyak tahun sebelum itu. Saya juga memiliki sebuah firma IT luar negara. Mereka yang menyerang saya tidak mengetahui latar belakang penuh mengenai diri saya," katanya.
Disebabkan oleh cakap-cakap berkenaan pembelian nombor plat tersebut, Sanjeevan berkata, beliau akan menyerahkan plat BMW8 dengan harga RM500,000 dan akan menderma RM100,000 untuk kebajikan.
Ditanya apakah yang akan dilakukannya terhadap satu lagi nombor plat iaitu BMW11, Sanjeevan secara berseloroh berkata: "Saya akan meletakkannya pada motosikal saya." - mStar online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Ping Merah Ping Merah 06 Oktober, 2014
wow mahalnya...memang confirm beliau ni berduit