Perlawanan JDT Vs Terengganu Diubah Ke 16 Oktober 2014

Perlawanan JDT Vs Terengganu Diubah Ke 16 Oktober 2014

Perlawanan JDT Vs Terengganu Suku Akhir ke 2SUKU AKHIR KEDUA JDT-TERENGGANU 16 OKT 2014 | Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menetapkan tarikh 16 Oktober ini sebagai tarikh untuk perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia antara pasukan Johor Darul Ta'zim dan Terengganu yang akan diadakan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin.

Keputusan tersebut dipersetujui pada hari ini, selepas selesai perbincangan bersama antara Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah, pengurus Terengganu, Marzuki Sulong dan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ), Mohd Fahmy Yahya di Wisma FAM.

Ayuh penyokong Harimau Selatan, pastikan kita tetap bersatu hati dalam apa jua perkara. Kembali meriahkan stadium, teruskan menyokong dan kembalikan semangat berjuang pasukan Merah, Biru dan Putih.

Pesanan buat para tetamu, kedatangan anda akan disambut dengan penuh semangat persaudaraan. Bola sepak bukan sukan untuk memecahbelahkan perhubungan, sebaliknya ia perlu menjadi alat pengerat silaturahim. Pihak PBNJ juga telah membuat perbincangan dengan pihak PDRM negeri Johor demi keselamatan para tetamu dan penyokong pada keseluruhannya.

Selamat datang kami ucapkan ke negeri Johor.




KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now