Permohonan Pembiayaan Perniagaan Program PUTRA Dari MARA

Program ini dinamakan sebagai Program PUTRA. Perkataan PUTRA didefinasikan sebagai ‘pengganti pemimpin’ menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam konteks ini, PUTRA adalah merujuk kepada usahawan generasi baru.pinjaman putra mara

Permohonan Pembiayaan Perniagaan Program PUTRA Dari MARA  

Program PUTRA adalah inisiatif MARA bagi melahirkan usahawan kecil dinamik dari golongan Belia/Generasi Muda terutamanya pelajar lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang mahu memulakan perniagaan buat kali pertama.

Bidang Perniagaan

i. Semua bidang perniagaan kecuali pertanian dan penternakan.

ii. Boleh berniaga bidang perniagaan berlainan dengan disiplin pengajian.

iii. Modal kerja untuk kerja subkontrak/kontrak kecil, boleh;

iv. Termasuk perniagaan online boleh;


Kriteria Pemohon

i. Belia/ Generasi Muda berumur 18 hingga 40 tahun yang telah berniaga tidak kurang dari tiga (3) bulan.

ii. Pelajar lepasan IPMa.

a. Tamat Belajar

b. Inkubator

c. Latihan Industri


Pakej Pembiayaan

i. Pembelian aset perniagaan

ii. Modal Pusingan


Had Pembiayaan

• Had maksimum pembiayaan adalah berjumlah RM10,000.00 tertakluk kepada keperluan sebenar perniagaan.


Konsep Pembiayaan

• Pembiayaan adalah di bawah konsep Qardhul Hasan (Pembiayaan Tanpa Keuntungan)


Tempoh Bernafas

• Maksimum tempoh bernafas ialah tiga (3) bulan selepas penerimaan pembiayaan.


Bayaran Balik Pembiayaan

• Tempoh bayaran balik pembiayaan maksimum ialah tiga (3) tahun (36 bulan).


Cagaran Dan Jaminan

• Tiada cagaran dan jaminan dikenakan.

• Hanya perlukan seorang penyokong (referee) di kalangan keluarga terdekat.


Insurans Pembiayaan

• Semua permohonan yang diluluskan dimestikan mengambil takaful dengan syarikat takaful yang ditentukan oleh pihak MARA.

• Perlindungan takaful adalah meliputi kematian dan keilatan kekal.


Syarat-syarat dan Kelayakan

• Warganegara Malaysia dan Bumiputera.

• Berumur di antara 18 tahun hingga 40 tahun.

• Mempunyai tempat/ lokasi perniagaan yang sesuai untuk menjalankan perniagaan berkenaan.

• Perniagaan telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

• Mempunyai lesen perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika berkaitan.

• Pemohon tidak termasuk dalam Senarai Hitam MARA.

• Tidak pernah mendapat sebarang kemudahan pembiayaan perniagaan MARA.


Borang Permohonan

• Borang permohonan yang lengkap boleh dihantar terus ke Pejabat MARA Daerah (PMD) dan

  Institut Pengajian MARA (IPMa) berdekatan.

• Muat Turun Borang Permohonan PUTRA


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now