Pesawat MAS MH135 Buat Pendaratan Kecemasan Di Bali

Pesawat MAS MH135 Buat Pendaratan Kecemasan Di Bali
Pesawat MAS - Gambar Hiasan
MH135 Buat Pendaratan Kecemasan Di Bali Pesawat MAS penerbangan MH135 dari Kuala Lumpur ke Brisbane terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Bali jam 2.10 petang Jumaat.

Menurut laporan Australian Associated Press (AAP) Pengurus Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali, Herry AY Sikado berkata, penerbangan MH135 yang membawa seramai 178 penumpang meminta melakukan pendaratan cemas selepas seorang wanita sarat mengandung ingin bersalin.

Sebaik berjaya melakukan pendaratan, wanita dikenali sebagai Samual P Jeyanthi terus dikejarkan ke Hospital Kasih Ibu.

"Kejadian itu tidak mengganggu operasi lapangan terbang dan semua jadual penerbangan berjalan seperti biasa," Sementara itu, Jurucakap MAS mengesahkan kejadian itu dan berkata, syarikat penerbangan itu akan
mengeluarkan satu kenyataan kemudian.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now