Punca Dan Langkah Mengatasi Pembuangan Bayi : Karangan Bahagian B - SPM

Punca Dan Langkah Mengatasi Pembuangan Bayi : Karangan Bahagian B - SPM 

Pada  zaman  era  ini,  negara  kita  yang  semakin  berkembang  pesat  sama ada  dari  segi  ekonomi , politik  ataupun  sosial  yang  hendak  menuju  ke arah  wawasan  2020.  Namun  begitu,  di  sebalik kegemilangan  ini, masyarakat  Malaysia  masih  dihantui  satu  penyakit  sosial  yang  sudah menjadi  buah mulut rakyat malaysia iaitu gejala pembuangan bayi. 
Karangan Bahagian B - SPM
Kes ini boleh dikatakan hampir setiap hari berlaku dan  boleh  kita  ketahui melalui akhbar  harian,majalah,media  massa  dan  radio.  Tindakan  manusia yang tidak  bertanggungjawab  yang  telah  membuang  bayi  adalah  untuk menyembunyikan  perbuatan  jahat mereka.  Persoalannya,  apakah  punca yang  telah  menyebabkan  masalah  gejala  pembuangan  bayi  ini 
semakin meningkat?  

Tidak  dapat  dinafikan  lagi  bahawa  kekurangan  didikan  agama  merupakan punca  utama  dalam masalah  pembuangan  bayi  ini.  Biasanya  golongan remaja  yang  kurang  didikan  agama  merupakan golongan  yang  paling banyak  menyumbang  kepada  masalah  ini.Tambahan  pula,remaja  yang kurang didikan  agama  akan  menyebabkan  mereka tiada mempunyai perasaan  tentang sikap  bertanggungjawab dan  akhirnya  sanggup mengorbankan  anak  yang  baru  dilahirkan.  

Selain  itu,didikan  agama  dalam sahsiah  remaja  amat  penting  kerana  dapat mengawal  sebarang  tingkah  laku  mereka.Dengan  adanya didikan agama, maka remaja akan bertindak secara rasional sebelum melakukan sesuatu malah mereka akan dapat membezakan sama ada perbuatan itu adalah baik atau buruk. 

Oleh itu, semua pihak perlulah bersikap  menjaga tepi  kain  orang di  sekeliling dan mengambil  berat  tentang isu  ini  supaya negara  kita tidak dianggap sebagai masyarakat yang lemah dari segi agama. 

Di samping itu,kepincangan institusi kekeluargaan juga menjadi punca dalam masalah ini. Sikap ibu  bapa  yang  terlalu  materalistik  sehingga  mengabaikan anak-anak  telah  menyebabkan  anak-anak mereka  berasa  kurang  kasih sayang  dan  perhatian  daripada  ibu  bapa  mereka.Ibu  bapa  tidak  harus 
bersikap  bagai  enau  dalam  belukar,  melepaskan  pucuk  masing-masing dalam  mengejar  kemewahan harta  malah  mereka  perlu  lebih  prihatinkan keadaan  anak-anak.  

Mereka  harus  meluangkan  masa  pada setiap  hari  untuk  berkomunikasi dengan  anak-anak  agar  mereka  tidak  kehilangan  tempat  untuk 
mengadu.Selain itu,ruang kebebasan yang diberikan terlalu banyak boleh membuka ruang kepada anak-anak  terpengaruh  dengan  pelbagai  gejala sosial  di  luar  rumah.  Jadi,  ibu  bapa  memainkan  peranan 
penting dalam mengatasi gejala pembuangan bayi yang berpunca daripada anak-anak sendiri. 

Lain  daripada  itu,  pengaruh  rakan  sebaya  turut  menjadi  punca membarahnya  masalah  ini  di negara kita. Hal ini demikian kerana pada usia yang muda, remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya  mereka.  Hal ini  bertambah  teruk  apabila  mereka  yang  darah  setampuk  pinang  usia setahun jagung  ini  mula  bergaul  dengan  rakan  sebaya  yang  negatif.  

Ghalibnya,  rakan-rakan  yang  negatif  ini akan mengajak remaja untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma maysarakat, misalnya 
pergi ke tempat hiburan seperti disko, menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas. Remaja yang terjerumus  dalam  gejal-gejala  negatif tersebut akan  melakukan  seks  rambang  dan  akhirnya  menemui 
jalan  buntu  apabila  mendapati  bahawa  dirinya  mengandung.  

Dalam  keadaan  yang  terdesak,  mereka terpaksa  membuangkan  bayi mereka  .Hal  yang  demikian  kerana  mereka  akan  berperasaan  malu 
terhadap masyarakat yang mencaci mereka atas perbuatan mereka. 

Sesungguhnya, tiada penyakit yang tiada penawarnya. Oleh yang demikian, langkah yang drastik dan efisien perlulah diambil untuk mengatasi masalah gejala ini daripada semakin meningkat. Langkah yang  utama  hendaklah diambil  oleh  ibu  bapa.  Pendidikan  agama  dan  moral  harus  dititikberatkan oleh ibu  bapa  untuk  menyedarkan  anak-anak  tentang  dosa  dan  pahala.  

Oleh  itu,  didikan  keagamaan hendaklah  dididik  dalam  jiwa  mereka  pada setiap  masa  sebagai  panduan  yang  berguna  agar  mereka 
tidak hidup bertuhankan nafsu. Umumnya, anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkan mereka.  Memandangkan  ibu  bapa  merupakan orang  yang  paling  hampir  dengan  anak-anak,  setiap perlakuan mereka akan mempengaruhi anak-anak mereka. 

Selain itu, ibu bapa juga hendaklah menjadi suri teladan kepada anak-anak kerana bapa borek anak rintik. Ibu bapa mestilah memberi didikan agama 
yang sempurna kepada anak-anak seawal dan sentiasa mengawasi pergaulan anak-anak mereka. Hal ini demikian  kerana  hendak  mengelakkan  mereka daripada  terjebak  dengan  pergaulan  bebas  yang seterusnya boleh membawa mereka terjerumus ke lembah penzinaan.  

Bukan  sahaja  ibu  bapa,  tanggungjawab  untuk  mengatasi  masalah pembuangan  bayi  turut melibatkan  pihak  kerajaan  dan  media  massa  serta masyarakat  di  negara  ini.  Pihak  berkuasa  mestilah mengadakan  kempen-kempen  kesedaran  untuk  membangkitkan  kesedaran  remaja  terhadap  isu ini  dan seterusnya  dapat  menangani  masalah  ini.  Sebagai  contoh,  kempen Kami  Prihatin.  

Dalam  konteks  ini, inisiatif  yang  dilaksanakan  oleh  kerajaan  haruslah berterusan  bukannya  sekadar  melepaskan  batuk  di tangga.  Di  samping itu, peranan  media  massa  dan  media  cetak  amatlah  penting  bagi menjayakan kempen-kempen  yang  dilaksanakan  oleh  pihak  berkuasa. Peranan  media  ini  penting  dalam menghebahkan  dan  membuat  liputan secara  besar-besaran  tentang  kempen  yang  dilaksanakan. Masyarakat juga harus menyokong semua aktiviti yang telah diadakan untuk rakyat Malaysia. 

Tuntas  bicara,  masalah  pembuangan  bayi  tidak  seharusnya  dipandang enteng.  Dalam  hal  ini semua  pihak  haruslah  memberikan  komitmen  yang sepenuhnya.  Kita  tidak  seharusnya  meletakkan tanggungjawab  ini  kepada satu  pihak  sahaja  sebaliknya  kita  hendaklah  berganding  bahu  bagai  aur 
dengan  tebing  bagi  membenteras  masalah  ini  persis  mutiara  kata,  “bukit sama  didaki,  lurah  sama dituruni”.  Dengan  adanya  kerjasama  yang  utuh seikat  bagai  serai,  serumpun  bagai  sirih,  pasti  masalah ini  akan  dapat ditangani  dari  akar  umbinya  sekali  gus  misi  Wawasan  Perdana  2057 mampu direalisasikan mengikut landasan yang betul. 


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now