Punca Insiden Letupan Di Kompleks Sun, Jalan Bukit Bintang 9 Oktober 2014

Punca Insiden Letupan Di Kompleks Sun, Jalan Bukit Bintang 9 Oktober 2014 Pergaduhan melibatkan kumpulan gengster dipercayai sebagai punca insiden letupan di Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang pada Khamis.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kumpulan gengster mungkin menjadi punca kejadian letupan, yang dipercayai menggunakan bom tangan, tetapi polis sedang menyiasat kes itu dari semua sudut.
Seorang joki kereta cedera parah dalam letupan itu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sekurang-kurangnya 13 yang lain cedera dan dimasukkan ke HKL dan Hospital Tung Shin.
Khairi berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira pukul 4.25 pagi.
"Ketika kejadian, sebahagian mangsa mahu menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire apabila satu bahan letupan jatuh ke arah mereka dari tingkat dua bangunan itu.
"Mangsa-mangsa merupakan pelanggan pub dan penghuni di hotel-hotel berdekatan.
"Sebuah kereta Toyota Camry, Mazda dan BMW turut rosak dalam letupan itu," tambahnya.
Kes itu diklasifikasikan sebagai cubaan untuk membunuh di bawah Akta Senjata Api - 

Terkini
Seorang mangsa dalam kejadian letupan bom di hadapan Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada pagi Khamis meninggal dunia.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa yang merupakan pekerja joki kereta disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pagi Khamis.
Terdahulu, Khairi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 pagi Khamis, sebanyak dua bom dilemparkan dari aras dua tempat letak kereta bangunan itu.
"Suspek dipercayai membalingkan bom dari tingkat atas bangunan. Satu daripada bom itu meletup di hadapan kelab malam. Satu lagi tidak meletup dan berada di bawah kereta Toyota Camry, yang terletak berhadapan kelab malam tersebut," katanya.
Sekurang-kurangnya 13 yang lain cedera dalam kejadian itu.
Mayat mangsa letupan yang meninggal, Tiong Kwang Yie  tiba di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 3 petang Khamis.

Kwang Yie, 36 yang berasal dari Sarawak adalah joki di kelab malam di tempat kejadian.
Mangsa terbabit meninggal dunia ketika di dewan bedah hospital selepas mengalami kecederaan parah dalam kejadian itu. - mStar online
Punca Insiden Letupan Di Kompleks Sun, Jalan Bukit Bintang 9 Oktober 2014

Punca Insiden Letupan Di Kompleks Sun, Jalan Bukit Bintang 9 Oktober 2014

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now