Punca Kejadian Ribut Kencang Di Pandamaran Klang

Punca Kejadian Ribut Kencang Di Pandamaran KlangKejadian angin kencang dan ribut petir berskala besar yang berlaku di Pandamaran petang semalam disebabkan oleh faktor kelembapan udara yang tinggi dan penumpuan angin di paras rendah.
Ribut Kencang Di Pandamaran KlangJabatan Meteorologi Malaysia ketika mengesahkan mengenai kejadian kira-kira jam 2.30 petang semalam seperti dilaporkan di SINI, turut menyatakan ketidakstabilan atmosfera bertindak sebagai pemangkin untuk pembentukan awan ribut petir yang berskala besar.
Berdasarkan kepada kenyataan media Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, yang dikeluarkan sebentar tadi, orang awam juga melaporkan kerosakan struktur bumbung bangunan serta pokok tumbang ketika kejadian.
"Berdasarkan gema radar cuaca, pembentukan awan berintensiti tinggi mula terbentuk sekitar jam 2 petang dan berakhir pada jam 3.10 petang.
"Pihak Jabatan Meteorologi Malaysia sudah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat pada jam 1.53 petang," katanya. Lapor BH online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now