Salam Maal Hijrah 1436H

Salam Maal Hijrah 1436H
Salam Maal Hijrah 1436H | Sambutan Maal Hijrah atau Awal Muharram akan disambut di Malaysia pada esok 25 Oktober 2014 bersamaan dengan 1 Muharram 1435 Hijrah. 
Hijrah membawa pengertian yang amat luas merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredhaan dari Ilahi. Tanpa sifat-sifat sanggup berhijrah, mustahil kejayaan akan tercapai dan kemajuan ummah tidak akan berhasil.
Ingatlah bahawa Islam tidak menyuruh kita berdiam diri dan menunggu Allah SWT memberi sesuatu kepada kita tanpa berusaha. Firman Allah SWT di dalam surah Ar-Ra’d ayat 11 :

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”
Hijrah mengajar kita makna muafakat , di mana Rasullullah S.A.W telah berjaya menyatukan Aus dan Khazraj, Ansar dan Muhajirin di atas nama persaudaraan dan demi kasih sayang kepada Allah S.W.T dengan ikatan semangat Ukhuwwah Islamiyah. Hijrah menjadi lembaran baru dalam kalendar Islam kerana ia adalah titik tolak kepada era penyebaran dakwah Islamiah yang dibawa Rasullullah S.A.W ke seluruh pelosok dunia hingga menundukkan Empayar Rom dan Parsi.
Peristiwa penghijrahan Rasullullah S.A.W ke Madinah tidak akan berjaya tanpa perancangan bijak, teliti dan penuh berhati-hati dengan hikmah dan bijaksana. Ia satu perjuangan yang penuh dengan kekuatan tanpa putus asa oleh teman dan pengikut yang setia, jujur dan ikhlas dalam mengharungi perjuangan sehingga Rasullullah S.A.W menjadi pemimpin utama Madinah yang dihormati dan disegani.
Penubuhan Negara Islam Kota Madinah menjadi negara Islam yang pertama di dunia dengan terbentuknya Piagam Madinah, iaitu perlembagaan bertulis yang pertama di dunia yang menyentuh semua hak-hak masyarakat dan Kedudukan ekonomi orang Islam semakin kukuh, bertepatan dengan syariat Islam dan negara menjadi lebih makmur dan stabil.
Sejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W perlu dijadikan ikhtibar oleh umat Islam kerana terlalu banyak manfaat yang dinikmati oleh umat Islam rentetan daripada peristiwa hijrah tersebut dan Baginda telah berjuang untuk menegakkan ajaran Islam bagi mencari sesuatu yang lebih baik demi kebahagiaan dan kesejahteraan umat Islam dengan semangat muafakat dalam membangunkan sebuah negara.
Perjuangan hari ini untuk meneruskan perjuangan hijrah Rasulullah memerlukan kecekalan, ilmu dan kesatuan menghadapi cabaran alaf baru dan kecanggihan teknologi untuk mempertahan kesucian dan menyebarkan syiar Islam. FB MB Johor

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now