Samsung Galaxy Note 4 Di Pasaran Malaysia 17 Oktober 2014

Samsung Galaxy Note 4
Samsung Galaxy Note 4 Di Pasaran Malaysia 17 Oktober 2014 | Berita baik untuk peminat smartphone Samsung apabila model terbaru iaitu Samsung Galaxy Note 4, yang di tunggu-tunggu bakal dijual di Malaysia bermula Jumaat ini, 17 Oktober 2014.


Samsung Malaysia Electronics dalam satu kenyataan berkata,  100 pelanggan pertama yang membeli Note 4 di Samsung Experience Stores dan pengedar sah yang mengambil bahagian, akan menerima hadiah menarik secara percuma iaitu 'Gear Circle', peranti bergaya dan rantai intuitif yang berfungsi sebagai fon telinga.

Bagi membolehkan pengguna membeli dengan mudah, Samsung bersama rakan kongsi,
Celcom, DiGi, Harvey Norman dan Maxis, akan mengadakan ruang perkhidmatan mulai 17 hingga 19 Oktober 2014 di Blue Concourse, Sunway Pyramid Shopping Mall .

Untuk peminat semua, Samsung Galaxy Note 4 boleh didapati dalam tiga warna iaitu hitam, putih dan emas (gold).
Spesifikasi Galaxy Note 4 di SINI
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 15 Oktober, 2014
macam menarik galaxy note 4 ni...