Semakan Kenderaan Yang Ditunda DBKL Melalui Whatsapp, Telegram Dan SMS

semakan dbkl tunda kereta
Semakan Kenderaan Yang Ditunda DBKL Melalui Whatsapp, Telegram Dan SMSDewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyediakan kemudahan aplikasi 'WhatsApp dan telegram' serta khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memudahkan orang ramai menyemak status kenderaan mereka yang ditunda. 

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata orang ramai boleh membuat semakan bermula Selasa 7 Oktober 2014 dengan menghantar nombor pendaftaran kenderaan mereka ke talian 013-6663255.

"Mana-mana pemilik atau pemandu yang merasakan kenderaan mereka telah ditunda boleh membuat semakan menggunakan aplikasi ini dan dari situ kita akan maklumkan kepada mereka lokasi simpanan kenderaan tunda dan jumlah bayaran kompaun yang mereka perlu bayar.

Informasi Penting

Depoh Simpanan Kenderaan Tunda baharu di Jalan Galloway
Depoh Simpanan Kenderaan Tunda lama di Jinjang
Depoh beroperasi 24 jam bagi membolehkan pesalah menuntut kenderaan mereka

Boleh guna applikasi whatsapp dan telegram dan kemudian hantar mesej ke 013-6663255. Juga boleh menggunakan SMS

Tarikh berkuatkuasa - Selasa 7 Oktober 2014


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 08 Oktober, 2014
bagus ni, lebih memudahkan...