Senarai 23 Syarikat Bumiputera Dipilih Untuk Tender Kedua Kwasa Damansara

kwasa damansara
Senarai 23 Syarikat Bumiputera Dipilih Untuk Tender Kedua Kwasa Damansara | Berikut tersenarai 23 syarikat pemaju Bumiputera yang telah dipilih oleh Kwasa Land Sdn Bhd,  anak syarikat milik penuh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengambil bahagian dalam proses tender keduanya bagi cadangan pembangunan perumahan di tapak seluas 3.55 hektar dalam perbandaran Kwasa Damansara yang dikenali sebagai 'R3-2'.
Antara syarikat Bumiputera yang dipilih Kwasa Land, anak syarikat milik penuh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) termasuk 
1) Ahmad Zaki Sdn Bhd, 
2) Apex Communication Sdn Bhd, 
3) Ark Resources Bhd, 
4) Faber Union Sdn Bhd, 
5) Fairview Development Sdn Bhd, 
6) Impiana Land Development Sdn Bhd, 
7) ISY Sdn Bhd, 
8) Johawaki Development Sdn Bhd, 
9) Lebar Daun Development Sdn Bhd, 
10) Getrahome Sdn Bhd, 
11) Prima Nova Sdn Bhd, 
12) Purplestar Land (M) Sdn Bhd 
13) Kinta Berkat Sdn Bhd
14) Selia Selenggara Sdn Bhd
15) Sensatimur Sdn Bhd, 
16) Seri Meraga Properties Sdn Bhd, 
17) Sharikat Permodalan Kebangsaan Bhd, 
18) Swasta Setia Holdings Sdn Bhd, 
19) Triplc Bhd, 
20) Tujuan Gemilang Sdn Bhd, 
21) UDA Holdings Bhd, 
22) Zikay Group Sdn Bhd
23) Dwitasik Sdn Bhd, 
'R3-2' yang terletak di bahagian utara perbandaran Kwasa Damansara adalah bersebelahan stesen My Rapid Transit (MRT). Kedudukannya yang strategik dan dihubungkan oleh rangkaian sistem jalan raya yang menyeluruh menjadikan hartanahnya bernilai tinggi. Kwasa Land membeli tanah Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) di Sungai Buloh daripada kerajaan bernilai RM2.28 bilion pada 2012 untuk dibangunkan sebagai perbandaran Kwasa Damansara untuk tempoh 20 tahun akan datang.
Daripada 152 permohonan prakelayakan untuk menyertai pembangunan perbandaran Kwasa Damansara yang diterima, 70 daripadanya adalah di dalam kategori Bumiputera.
Ogos lalu, Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) dipilih untuk memajukan pembangunan sulung perbandaran Kwasa Damansara, dikenali sebagai Projek MX-1 dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sekurang-kurangnya RM8 bilion.
Projek MX-1 dengan keluasan 25.9 hektar adalah pembangunan bercampur dan di bawah pelan induk pembangunan diletakkan sebagai pusat bandar bagi cadangan perbandaran Kwasa Damansara.
MRCB dipilih daripada enam syarikat yang menghantar permohonan bagi tender Projek MX-1.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now