Senarai Amalan Untuk Mendapatkan Anak Yang Soleh

Anak soleh
Senarai Amalan Untuk Mendapatkan Anak Yang SolehHasrat ingin memperoleh anak yang soleh hendaklah ditanamkan dalam minda kita sebelum kita memilih pasangan hidup lagi. 

Oleh sebab itu pilihlah calon isteri atau suami orang yang menjalankan perintah Allah dengan demikian anak yang lahir dari keturunan yang baik, maka anak akan menjadi baik. 

Kemudian ketika mengandung amalan yang sesuai bagi suami isteri adalah seperti berikut; 

1. Membaca Surah Al Fatihah 
2. Membaca Surah Yaasiin hingga akhir. 
3. Membaca Surah Taubah hingga akhir. 
4. Membaca Surah Yusuf hingga akhir agar memperoleh anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna. 
5. Membaca Surah Luqman hingga akhir agar memperolehi anak yang taat. 
6. Membaca Surah Maryam hingga akhir untuk memperoleh anak yang sabar dan taat. 
7. Membaca Surah An Nahl ayat 78 
8. Membaca Surah Al A'raf ayat 189
Disamping itu perbanyaklah amalan membaca doa ini setiap kali selesai mengerjakan solat lima waktu: 
1. Surah Ali Imran ayat 38 
2. Surah Ali Imran ayat 8 dan 9 
3. Surah Ali Imran ayat 192 hingga 194. 
4. Surah Ibrahim ayat 40 dan 41.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now