Senarai Lebuhraya Tawar Rebat Dan Diskaun Tol Sempena Deepavali 2014

Senarai Lebuhraya Tawar Rebat Dan Diskaun Tol Sempena Deepavali 2014Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melalui kenyataan Ketua Pengarah LLM Datuk Ismail Md Salleh, berkata dalam kenyataan hari ini, 20 Oktober 2014 berkata beberapa lebuhraya di Malaysia akan menawarkan diskaun kadar tol di antara lima hingga 37.5 peratus dan rebat tol sebanyak 20 peratus kepada pengguna lebuh raya sempena cuti perayaan Deepavali Rabu ini 22 Oktober 2014.

rebat dan diskaun tol   
Lebuh raya yang menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus ialah 


1) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kecuali Plaza Tol Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar
2) Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH); 
3) Lebuhraya Kulim-Butterworth (KLBK) dan 
4) Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) kecuali Plaza Tol Tanjung Kupang.
   
Senarai Lebuh raya yang menawarkan diskaun lima hingga 37.5 peratus pula ialah 


1) Lebuhraya Koridor Guthrie, 
2) Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), 
3) Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh) 
4) Lebuhraya SMART   
5) Lebuhraya Shah Alam (Kesas), 

6) Lebuhraya KL-Karak (KLK), 
7) Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), 
8) Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE), 
9) Lebuhraya Baru Pantai (NPE), 
10) Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) dan
11) Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX) 
12) Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), 

13) Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS), 
14) Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), 
15) Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), 
16) Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT), 
17) Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS).
   
Selain pemberian rebat dan diskaun kadar tol, beberapa lebuhraya juga akan memberikan sebanyak 500 hingga 1,500 kad Touch and Go secara percuma kepada pengguna lebuh raya.
   
Lebuh raya itu ialah 


1) Lebuhraya SILK, Lebuhraya Grand Saga dan 
2) Lebuhraya LATAR, katanya. 

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now