Senarai Pemain Kelantan 2015 Bakal Diumumkan Sebelum Akhir Oktober 2014

the red warriors 2015
Senarai Pemain Kelantan 2015 Bakal Diumumkan Sebelum Akhir Oktober 2014 Sebagai persiapan awal menghadapi Liga Malaysia 2015, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mendaftar 16 pemain tempatan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Ahad.

SENARAI RASMI PEMAIN KELANTAN 2015 DI SINI

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, kuota empat pemain import termasuk seorang pemain Asia akan didaftarkan dengan FAM dalam tempoh terdekat selepas mereka menerima Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) daripada kelab mereka.
"Insya-Allah, barisan pemain The Red Warriors 2015 boleh diumumkan sebelum akhir bulan ini dan latihan pasukan baru bermula awal November.
"Beberapa perlawanan pramusim sedang kita susun," kata Annuar menerusi kiriman terbaharu dalam laman Facebooknya, hari ini.
Kelantan menduduki tangga keenam Liga Super musim ini dengan pungutan 31 mata selain mara ke peringkat separuh akhir Piala FA.
Namun, pada saingan Piala Malaysia, skuad kendalian bekas pemain antarabangsa Belanda, George Boateng itu tersingkir di peringkat suku akhir selepas kalah dengan agregat 3-4 kepada Kedah. - BERNAMA

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now