Senarai Penaja Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2014

Hoki Piala Sultan Johor 2014
Senarai Penaja Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2014 | Kejohanan antarabangsa remaja paling dinanti-nantikan, Piala Sultan Johor (SOJC) bakal kembali menyajikan saingan hangat dari pelbagai negara.
Berbekalkan reputasi besar, kejohanan yang memasuki edisi keempat sejak kali pertama dianjurkan pada 2011 itu, akan bermula 12 hingga19 Oktober depan dan sehingga hari ini berjaya menarik penajaan sebanyak RM1,710,000.
Perjanjian penajaan itu diserahkan kepada Tengku Mahkota Johor Tengku Ismail Sultan Ibrahim hari ini sambil disaksikan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada majlis pelancaran rasmi.
Timbalan Presiden Persatuan Hoki Johor Manjit Majid Abdullah pada majlis itu berkata: "Kejohanan ini bertambah prestijnya dengan peningkatan bilangan pasukan yang ingin mengambil bahagian saban tahun, sehingga kami terpaksa mengehadkan penyertaan kepada enam pasukan saja bagi mengekalkan standard saingan tertinggi."
India akan kembali mempertahankan kejuaraan tahun lalu di samping pasukan baru Great Britain, Australia, Pakistan, New Zealand dan Malaysia.
SOJC menjadi pentas utama buat pasukan bawah 21 tahun dari seluruh dunia mempersiapkan diri sebelum ke Piala Dunia Remaja akan datang.
Untuk negara-negara Asia, SOJC menjadi kejohanan amat penting sebagai persiapan pasukan menjelang Piala  Asia Remaja 2015 yang akan berlangsung di Kuantan, tahun depan selain menjadi medan kelayakan untuk ke Piala Dunia Remaja di India pada 2016.
"Kejohanan ini dianjurkan untuk membantu skuad remaja membentuk sebuah pasukan yang mantap dan menjadi medan persiapann ke ke kejohanan besar seperti Piala Asia dan Piala Dunia kerana setiap perlawanan dalam kejohanan ini memiliki kualiti yang bersemangat menonjolkan bakat dan kemahiran kepada dunia."
Tidak dinafikan manfaat yang dinikmati pasukan remaja kebangsaan menerusi kejohanan ini apabila mereka muncul pasukan keempat terbaik Piala Dunia Remaja di India tahun lalu.
Dengan kebanyakan pasukan menjadikan kelayakan ke Piala Dunia Remaja 2016 sebagai sasaran, edisi keempat SOJC tentunya menjadi medan ujian pertama menilai tahap setiap pasukan.
Senarai Penaja Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2014: 
  • Kerajaan Negeri Johor : RM 500,000,00
  • Astaka Padu: RM 200,000,00
  • JBB Builder: RM 100,000,00
  • Astro: 50,000,00
  • UniKL: RM 40,000,00
  • DRB Hicom: RM 50,000,00
  • Majlis Sukan Negara: RM 100,000,00
  • Angkatan Tentera Malaysia: RM 10,000,00
  • Genting Berhad: 50,000,00
  • UM Land: 100,000,00
  • Khazanah Nasional Berhad: RM 100,000,00
  • Iskandar Waterfront Sdn Bhd: RM 100,000,00
  • Atlan Holdings Berhad: RM 50,000,00
  • Tenaga Nasional Berhad: RM 100,000,00
  • SAJ Holdings Sdn Bhd: RM 50,000,00
  • BCB Berhad: RM 10,000,00
  • Johor Corporation: RM 100,000,00


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now