Siaran Langsung Felda United Vs JDT Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2014

Felda United vs JDT semi
Siaran Langsung Felda United Vs JDT Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2014Perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara pasukan Felda United dan JDT bakal diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini, 20 Oktober 2014 jam 845 malam. 
Perlawanan ini pastinya menjadi tumpuan hampir seluruh penyokong serta peminat sukan bola sepak bakal memberikan debaran yang tersendiri khususnya buat penyokong pasukan Harimau Selatan. Ayuh kita berikan kata-kata semangat buat pasukan JDT menjelang perlawanan tersebut. Ayuh Johor!

Felda United dengan pemain yang segar dan masa yang cukup untuk persiapan kerana rehat sembilan hari nampak bersedia untuk Piala Malaysia separuh akhir, perlawanan pertama melawan juara Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT).


Felda United tidak mempunyai kebimbangan tentang pertemuan dengan JDT kerana mempunyai pemain berpengalaman seperti Mohd Shukor Adan dan pemain sayap Indra Putra Mahayuddin serta pemain senior lain termasuk pemain tengah Sharulnizam Mustapha dan Khairul Ismail. 

Felda juga mempunyai pemain import yang hebat di posisi striker, Ndumba Mutotoshi dan Edward Wilson Junior, pemain tengah Zah Rahan Krangar dan pemain pertahanan Brigitte Krushelnitskiy. 


Saksikan siaran langsung / LIVE STREAMING perlawanan di Link di bawah ini

LIVE STREAMING DI Astro Arena & RTM TV1

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN DI SINI


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now