Statistik Jumlah Hutang Malaysia Setakat Jun 2014

Statistik Jumlah Hutang Malaysia Setakat Jun 2014 | Berikut adalah informasi jumlah hutang negara seperti yang diberitahu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat. * dipetik dari BH online
Informasi Jumlah Hutang Kerajaan Persekutuan Malaysia
1) RM568.9 bilion pada akhir Jun 2014 
2) Atau 52.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
3) 97.1 peratus atau RM552.7 bilion adalah hutang domestik
4) Baki hutang RM16.2 bilion atau 2.9 peratus merupakan pinjaman luar pesisir
5) Kedudukan hutang Malaysia kekal terurus di bawah 55 peratus daripada KDNK
6) Hutang negara dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana
7) Statistik Hutang Negara sebelum 2014
-  Tahun 2013 : RM547.6 bilion atau 54.7 peratus daripada KDNK
-  Tahun 2012 : RM501.6 bilion atau 53.3 peratus daripada KDNK
- Tahun 2011 : RM456.1 bilion atau 51.5 peratus daripada KDNK
- Tahun 2010 : RM407.1 bilion atau 51.1 peratus daripada KDNK 
Kesimpulannya, kerajaan telah membayar balik semua hutang dan bayaran khidmat hutang dengan teratur serta mengikut jadual walaupun jumlah hutang kian bertambah dari tahun ke tahun.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


1 comment... add one now

anol anol 18 November, 2014
Mintak-mintak la harga minyak Ron 95 turun balik...dengarnya Ahmad Maslan nak slowtalk ngan Najib kalau harga minyak dunia turun...tapi harga barang masih maintain tinggi..nasib la badan