Syarat Kelayakan Subsidi Minyak Petrol RON95

Subsidi Minyak Petrol RON95
Syarat Kelayakan Subsidi Minyak Petrol RON95 | Skim rasionalisasi subsidi bahan api Malaysia yang akan dilaksanakan tahun depan (di jangka Jun 2015 seperti di laporkan di SINI) akan dibahagikan kepada tiga peringkat yang antara lain bergantung kepada pendapatan bulanan.
Golongan berpendapatan sederhana di Malaysia boleh menarik nafas lega kerana program rasionalisasi petrol RON95 akan membolehkan mereka mendapat sedikit subsidi walaupun tidak secara penuh.
Berikut adalah tiga peringkat skim rasionalisasi bahan api Malaysia yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan dijangka bermula Jun 2015
1) Pendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan - 100% subsidi
2) Pendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 - akan mendapat sebahagian subsidi
3) Pendapatan melepasi RM10,000 - tidak layak mendapat subsidi
* Mekanisme lengkap masih dalam kajian terperinci oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now