Kalendar Cuti Sekolah 2018 Takwim Persekolahan KPM

Tarikh Cuti Sekolah 2018 Malaysia KPM. Masanya sudah tiba untuk pelajar dan ibu bapa untuk merancang aktiviti bersama keluarga pada tahun 2018. Kalendar Cuti Sekolah 2018 Takwim Persekolahan KPM telah dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Cuti sekolah merupakan masa yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua orang terutama buat mereka yang mempunyai anak yang bersekolah.

Takwim Penggal Persekolahan 2018 KPM  iaitu Kumpulan A dan B. Ianya mengikut hari kelepasan mingguan setiap negeri iaitu Kumpulan A (Jumaat dan Sabtu) dan Kumpulan B (Sabtu dan Ahad). 

Takwim Persekolahan 2018 KPM

Berikut adalah Takwim jadual cuti persekolahan tahun 2018 yang mengandungi tarikh cuti sekolah untuk cuti pertengahan penggal 1, cuti pertengahan tahun dan cuti akhir tahun. Juga disertakan tarikh mula persekolahan dan tarikh akhir setiap penggal. 

1. Cuti Sekolah 2018 KUMPULAN A - Sekolah-Sekolah Di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu 

  • Penggal pertama persekolahan : 1 Januari 2018 sehingga 7 Jun 2018 
  • Penggal kedua persekolahan : 24 Jun 2018 sehingga 22 November 2018

Tarikh Cuti Sekolah 

  1. Cuti pertengahan penggal 1 : 16 Mac 2018 sehingga 24 Mac 2018 (1 minggu) 
  2. Pertengahan tahun : 8 Jun 2018 sehingga 23 Jun 2018 (2 minggu) 
  3. Cuti pertengahan penggal 2 : 17 Ogos 2018 hingga 25 Ogos 2018 (1 minggu) 
  4. Cuti Akhir Tahun : 23 November hingga 31 Disember 2018 (5 minggu) 
Sila rujuk kepada Kalendar Takwim Persekolahan untuk Kumpulan A di bawah ini dalam mendapatkan gambaran yang lebih jelas:- 


cuti sekolah kumpulan a

2. KUMPULAN B - Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan 

  • Penggal pertama persekolahan : 2 Januari 2018 sehingga 8 Jun 2018 
  • Penggal kedua persekolahan : 25 Jun 2018 sehingga 23 November 2018 

Tarikh Cuti Sekolah 

  1. Cuti pertengahan penggal 1 : 17 Mac 2018 sehingga 25 Mac 2018 (1 minggu) 
  2. Pertengahan tahun : 9 Jun 2018 sehingga 24 Jun 2018 (2 minggu) 
  3. Cuti pertengahan penggal 2 : 18 Ogos 2018 hingga 26 Ogos 2018 (1 minggu) 
  4. Cuti Akhir Tahun : 24 November hingga 31 Disember 2018 (5 minggu) 
Untuk maklumat yang lebih jelas, sila rujuk kepada Kalendar Takwim Persekolahan untuk Kumpulan B di bawah ini :- 


cuti sekolah kumpulan b


Muat Turun/ Download Takwim Persekolahan 2018 KPM 

Pelajar atau ibu bapa boleh memuat turun atau mendownloada Takwim Penggal Persekolahan 2018 dalam format PDF di Takwim Persekolahan KPM

Semoga perkongsian Kalendar Cuti Sekolah 2018 Takwim Persekolahan KPM bermanfaat buat semua. Moga ianya boleh dijadikan panduan buat ibu bapa/ pelajar dalam membuat perancangan aktiviti bersama keluarga pada tahun 2018.

0 comment... add one now