Taman Tema Angry Birds Di Komtar JBCC Dibuka 31 Oktober 2014

taman tema angry birds
Taman Tema Angry Birds Di Komtar JBCC Dibuka 31 Oktober 2014Taman tema dalam bangunan 'Aktiviti Angry Birds' pertama di Asia Tenggara akan dibuka kepada orang ramai pada 31 Oktober 2014 di Pusat Membeli Belah Komtar JBCC di Pusat Bandaraya Johor Bahru.

Taman Tema Angry Birds Di Komtar JBCC 

Taman tema ini terletak di pusat membeli-belah Komtar JBCC, Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru. Ianya menawarkan aktiviti-aktiviti pendidikan dan interaktif yang menyeronokkan. Taman Tema Angry Birds adalah kerjasama dengan pengasas permainan burung Angry Birds yang berpangkalan di Finland, Rovio Entertainment Ltd.
Peminat permainan burung animasi itu akan dihidangkan dengan pelbagai permainan, aktiviti dan hiburan yang menyeronokkan seperti 
1) Lazer Bird Shoot
2) Red Bird Goal 
3) Piggy Shooting Gallery 
4) Captain Black Bird Ship 
"Peminat-peminat di Malaysia dan negara-negara jiran kini boleh merasai sendiri dunia Angry Birds menerusi aktiviti-aktiviti pendidikan dan interaktif serta menyeronokkan," katanya.
Harga Tiket
RM75 untuk sekali masuk tetapi harga bagi pemegang MyKad atau MyKid adalah RM60.
Pelbagai jenis tiket - Pas untuk sekali, pas keluarga sehingga pas tahunan tanpa had.
Waktu Operasi - Lokasi terletak di aras tiga pusat membeli-belah itu, dan akan dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. 
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang masuk ke taman tema itu perlu ditemani seorang dewasa setiap masa.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now