Tarikh Maal Hijrah 2014 Malaysia 1436 Hijrah

Tarikh Awal Muharam / Maal Hijrah Tahun 2014 - 1436 Hijrah
MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. 

Tarikh Maal Hijrah 2014 Malaysia 1436 Hijrah
Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharam sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharam. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Tarikh Awal Muharam / Maal Hijrah 2014 Malaysia 1436 Hijrah

Awal Muharam (Maal Hijrah) 1436 H25 Oktober 2014Sabtu
TEMA MAAL HIJRAH 2014

 "Perpaduan Nadi Transformasi Negara". 

Tema tahun 2013 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'

Panduan Doa Awal Dan Akhir Tahun Hijrah klik SINI

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


2 comments.. read them below or add one

norhayati suaib norhayati suaib 17 Oktober, 2014
Lagi 2 minggu untuk sambut maal hijrah.