Tarikh Kuatkuasa Peraturan Baharu Cermin Gelap JPJ

Tarikh Kuatkuasa Peraturan Baharu Cermin Gelap JPJJPJ mengumumkan yang tarikh penguatkuasaan peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap akan dilaksanakan bermula 1 Mei 2015.
Peraturan Baharu Cermin Gelap JPJPeraturan baharu cermin gelap ini sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 November 2014 tetapi tarikh ini diubah bagi memberi masa kepada pemilik kenderaan, khususnya kenderaan import untuk mendapatkan gantian cermin kenderaan masing-masing.
Informasi Berkenaan Peraturan Baharu Cermin Gelap JPJ  Berkuatkuasa 1 Mei 2015
1) Peraturan - menetapkan VLT (ketelusan cahaya) bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus, manakala kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu dan penumpang hadapan pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.
2) Tarikh kuatkuasaTempoh masa yang diberi adalah sehingga 30 April 2015, dan selepas tempoh itu, bermula 1 Mei 2015, tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap penggunaan cermin gelap yang tidak mematuhi spesifikasi VLT yang baharu.
3) Kadar KompaunBerdasarkan peraturan yang ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991, pengguna jalan raya yang ingkar boleh dikompaun RM300 dan sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya.
4) Pengecualian terhadap peraturan itu masih diberikan kepada individu dengan jawatan tertentu serta kenderaan agensi penguatkuasaan atas faktor keselamatan. Sehingga kini, JPJ memberikan pengecualian kepada kira-kira 3,500 pemilik kenderaan untuk dikecualikan daripada peraturan penggunaan cermin gelap. Pengecualian diberikan kepada :-
1) Yang di-Pertuan Agong, 
2) Perdana Menteri dan Timbalannya, 
3) Ketua Menteri, Menteri Besar, Ketua Hakim dan Menteri.
4) Begitu juga dengan jabatan berisiko tinggi seperti Polis Diraja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia yang melakukan operasi berbahaya

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now