Tawaran Diskaun Untuk Peminjam PTPTN

Tawaran Diskaun Untuk Peminjam PTPTNTawaran Diskaun Untuk Peminjam PTPTNPeminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) boleh mengharapkan diskaun 20 peratus jika mereka membayar balik pinjaman mereka sepenuhnya sehingga 31 Mac tahun depan.

Mereka yang tidak dapat berbuat demikian masih boleh mendapatkan potongan 10 peratus daripada pinjaman mereka jika mereka membuat bayaran berterusan selama 12 bulan sehingga 31 Disember 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, diskaun itu diberikan bertujuan untuk menggalakkan pembayaran balik, dan terdapat kira-kira 174,000 peminjam tidak membuat apa-apa bayaran sejak 2010.

"Sejak penubuhan PTPTN pada tahun 1997 sehingga kini, 2.1 juta peminjam telah mengambil pinjaman bernilai RM47.8 bilion.

"Bagaimanapun, setakat 31 Ogos tahun ini, hanya RM5.36 bilion atau 46 peratus daripada RM11.76 bilion telah dikumpul," katanya ketika membentangkan Bajet 2015 di Parlimen.

Najib berkata keperluan kemahiran minimum bahasa Inggeris untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam akan ditingkatkan mengikut bidang pengajian bermula tahun depan dan seterusnya.

Sebagai contoh, kursus Kesenian dan Sains Sosial memerlukan kelayakan Band 2 dalam Malaysian University English Test (MUET), manakala kursus Undang-undang dan perubatan memerlukan sekurang-kurangnya Band 4.

Pada masa ini pelajar hanya perlu mendapat sekurang-kurangnya Band 1 dalam MUET untuk memasuki universiti-universiti tempatan.

Najib juga mengumumkan peruntukan RM1.2 bilion untuk menaik taraf dan meningkatkan pengambilan pelajar kolej vokasional dan komuniti - mStar online



KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now