Terengganu Ancam Boikot Suku Akhir Kedua Dengan JDT

Terengganu Ancam Boikot Suku Akhir Kedua Dengan JDTTerengganu Ancam Boikot Suku Akhir Kedua Dengan JDT | Terengganu tidak akan bermain pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Larkin, Johor Baharu, jika tarikh penangguhan dikekalkan pada 17 Oktober ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata perkara tersebut telah diputuskan oleh jawatankuasa eksekutif badan itu Khamis.

"PBSNT mungkin tidak akan bermain pada tarikh tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di pejabat PBSNT di sini.

Turut hadir Timbalan Presiden Marzuki Sulong merangkap pengurus pasukan Terengganu.
Menurut Wan Ahmad Nizam, Terengganu bersedia bermain pada bila-bila masa selain daripada tarikh tersebut.

"Sepatutnya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memanggil kedua-dua pasukan duduk semeja berbincang untuk mendapat kata sepakat dan keadilan kepada semua," tegas beliau.

Ikuti komen kedua-dua pasukan mengenai isue penangguhan perlawanan JDT vs Terengganu ini
Terengganu Ancam Boikot Suku Akhir Kedua Dengan JDT

Katanya FAM telah menunda perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Johor Baharu daripada 11 Okt kepada 17 Okt atas permintaan JDT.

Terengganu dan JDT seri tanpa jaringan dalam perlawanan suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Jumaat lepas.

Wan Ahmad Nizam berkata mesyuarat itu juga mengambil keputusan memohon FAM mengekalkan tarikh asal perlawanan tersebut.

Sementara itu, FAM dijangka memanggil wakil kedua-dua pasukan itu untuk membincangkan isu penangguhan tarikh di Wisma FAM, Kelana Jaya, Petaling Jaya pada Jumaa - mStar online

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now