TNB Tak Pernah Iktiraf Alat Jimat Elektrik

Alat Jimat ElektrikTNB Tak Pernah Iktiraf Alat Jimat ElektrikTenaga Nasional Bhd (TNB) tidak pernah memberi pengiktirafan kepada mana-mana pihak atau syarikat untuk menawarkan alat jimat elektrik di premis-premis perniagaan atau menerusi sosial media.

Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin dalam kenyataannya hari ini, berkata terdapat pihak yang menjual produk-produk ini menggunakan testimoni palsu kononnya daripada TNB atau kakitangan TNB.

Beliau menasihati pengguna supaya menggunakan tenaga secara bijak dan mengamalkan kecekapan tenaga.

Pengguna boleh menyemak kesahihan peralatan tersebut dengan menghubungi pejabat Suruhanjaya Tenaga yang berhampiran atau melayari laman web TNB di www.tnb.com.my untuk maklumat lanjut. -BERNAMA



KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


1 comment... add one now

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 17 Oktober, 2014
tapi ramai jer yang pakai alat jimat ni kann?