Tokoh Maal Hijrah 1436H Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman

Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman
Tokoh Maal Hijrah 1436H Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman | Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1436H peringkat kebangsaan hari ini AHAD, 25 Oktober 2014.
Anugerah ini diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha pada sambutan Maal Hijrah 1436H peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Beliau menerima hadiah wang tunai RM100,000, pingat penghargaan dan sijil penghargaan berbentuk plak berserta bingkai daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Berikut adalah Biodata Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, Tokoh Maal Hijrah 1436H Tahun 2014 


Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman

PSM, PJN, DSDK, SDK, AMN
Tarikh Lahir                                     : 31 Disember 1938
Nama Pasangan                               : Puan Sri Hanan bt. Haji Bakar
Bil. Anak                                         : Lapan
B.A Perundangan Islam (Syariah) Universiti Azhar, Kaherah, Mesir; Diploma Pendidikan, Universiti Ain Sham, Kaherah, Mesir; Diploma Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia
Tan Sri Sheikh Ghazali berasal dari Tobiar, Pendang, Kedah. 
Pendidikan Asas Di :
  1. Sekolah Melayu / Sekolah Agama Tobiar, Kedah
  2. Universiti ‘Ain Sham, Kaherah
  3. Universiti Islam Antarabangsa
Kelulusan Akademik :
  1. BA. Ijazah perundangan Islam (Syariah) di Universiti Al-Azhar, Mesir
  2. Diploma Pendidikan, Universiti ‘Ain Sham, Kaherah
  3. Diploma Undang-undang Islam dan Pentadbiran Kehakiman Islam, UIA.
Pengalaman dalam kerjaya :
  1. 1968-1972                            Pensyarah di Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah.
  2. 1971-1972                            Kadi Pelatih bagi Daerah Kota Setar, Kedah
  3. 1972-1977                            Kadi Daerah Padang Tetap, Kedah
  4. 1977-1979                            Ketua Pegawai Penerangan Awam
  5. 1979-1980                            Setiausaha Baitulmal, Kedah
  6. 1980-1993                            Kadi Besar Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
  7. 1994-1997                            Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
  8. 1998-30.11.2007                Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah
                                                   Malaysia.
  9. 1.4.2008                               Penasihat Perundangan Syariah di Jabatan Peguam Negara

Beliau merupakan mantan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. 
Tan Sri Sheikh Ghazali menyandang beberapa jawatan penting, di antaranya ialah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia; Ahli Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan Perbankan Islam dan Takaful Bank Negara (Bekas Pengerusi), Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (Bekas Pengerusi); Ahli Panel Mahkamah Rayuan Syariah Negeri di Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Kelantan; dan bekas Ahli Majlis Syariah, Accounting and Auditing Organisation Islamic Financial Institution (AAOIFI) yang beribu pejabat di Bahrain. 
Beliau juga aktif di dalam aktiviti sosial melalui pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM); Ahli Majlis Pelan Tindakan Pembangunan Ummah YaPEIM; Ahli Majlis Perundingan Islam Jabatan Perdana Menteri; Pengerusi Panel Undang-Undang Majlis Perundingan Islam Jabatan Perdana Menteri; Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan; Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Pelaburan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; Pengerusi Jawatankuasa "Good Governance" untuk Garis Panduan Syarikat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; 
Ahli Lembaga Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM); Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penasihat Syariah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM); Ahli Lembaga Penasihat, Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Panel Penasihat Pengajian Tinggi Syariah dan Undang-Undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM); Ahli Lembaga Penasihat Akademik Program Sarjana Syariah di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Ahli Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Program (Steering Committee On Programme Development); Diploma Kefatwaan, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD); Ahli Jawatankuasa Pemandu Pengurusan Pensijilan Halal Malaysia JAKIM; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sabah dan Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa. 
Di atas sumbangan dan jasanya terhadap pembangunan ummah, Tan Sri Sheikh Ghazali telah mendapat pengiktirafan dan pengurniaan Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah 1416H, Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 1995 dan Anugerah Penghargaan Ma'al Hijrah 1428H, Peringkat Kebangsaan Tahun 2007. Beliau juga dilantik sebagai Ahli Panel Pelaburan TH pada bulan Oktober 2001 dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah THpada Mei 2010.
Biodata sumber Tabung Haji
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now