JDT Tewaskan Felda United 25 Oktober 2014

Video Gol JDT Tewaskan Felda United 25 Oktober 2014Video Gol JDT Tewaskan Felda United 25 Oktober 2014 JDT mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Felda United 3-1 pada pusingan separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

JDT mara dengan agregat 6-5 selepas terlebih dahulu tewas 3-4 pada separuh akhir pertama di Stadium Selayang, Isnin lalu.

JDT yang juga juara Liga Super musim ini, akan bertemu Pahang pada perlawanan akhir, 1 November 2014 ini. JDT walau bagaimanapun kehilangan 2 pemain iaitu Aidil dengan penggantungan kad kuning dan Nazrin Nawi yang dikenakan kad merah di penghujung permainan.
Keputusan Akhir
JDT 3 FELDA United 1
Gol: JDT - Luciano Figueroa (m32/64), Amri Yahyah (m72), FEL -  Raimi Mohd Nor (m36)

0 comment... add one now