Kedah Vs Pahang Separuh Akhir Piala Malaysia 19 Oktober 2014

Video Gol Kedah Vs Pahang 19 Oktober 2014
Kita disajikan perlawanan menarik dan gol berkualiti dalam perlawanan Kedah dan Pahang Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2014. Dengan kemenangan 3-1 ini, Kedah membawa bekalan selesa ke Stadium Darul Makmur.

Kedah menjaringkan gol pertama menerusi pemain import dari Korea Selatan, Namkung Woong dari luar kotak penalti pada minit ke-9, yang menarik dan menerjah gawang Pahang sekali gus menewaskan Khairul Azhan.

Separuh masa pertama tamat dengan jaringan Kedah mendahului Pahang, 1-0.

Selepas separuh masa kedua bermula, Pahang tersentak dengan gol kedua Kedah menerusi tandukan kencang pemain muda, Farhan Roslan pada minit ke-49 hasil hantaran lintang Baddrol Bakhtiar.

Skuad Tok Gajah akhirnya menjaringkan gol sulung mereka menerusi sepakan percuma Matias Conti yang terbias dari pemain Kedah pada minit ke-90 +1.

Bagaimanapun, Kedah berjaya menambah gol ketiga menerusi sentuhan pemain gantian, Kyril Muhymeen, hasil lorongan Syafiq Ahmad pada terakhir permainan, 90+4.

1 comment... add one now