Penyokong Anwar Rempuh Pintu Universiti Malaya

Video Penyokong Anwar Rempuh Pintu Universiti Malaya
Penyokong Anwar Rempuh Pintu Universiti MalayaPintu utama Universiti Malaya (UM) arah Bangsar telah berjaya dirempuh pada kejadian 920 malam ini oleh sekumpulan mahasiswa dan orang ramai yang terdiri daripada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri program pidato Ketua Pembangkang di Dataran DTC UM.
Sebelum ini pintu ini dikunci bagi tujuan keselamatan manakala pintu lain dibuka dengan kawalan. Ketika kejadian rempuhan berlaku, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam turut berada di barisan hadapan kumpulan berkenaan.
Antara yang kelihatan hadir di pintu masuk utama UM pula adalah Presiden PMUM, Fahmi Zainol.
Anwar yang diiringi keluarga tiba di UM pada pukul 9.45 malam. Gambar sekitar pidato umum Datuk seri Anwar Ibrahim di SINI.

0 comment... add one now