Yahoo Catat Peningkatan Pendapatan Sederhana Dan Perlahan

YahooYahoo Catat Peningkatan Pendapatan Sederhana Dan Perlahan | Yahoo Incorporated (YAHOO) mencatatkan peningkatan pendapatan pada kadar sederhana iaitu sebanyak satu peratus bagi suku ketiga.

Pendapatan Yahoo bagi tempoh tiga bulan berakhir 30 September 2014 dicatatkan pada AS$1.094 bilion, berbanding tempoh sama tahun lalu pendapatan Yahoo mencecah AS$1.081 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Yahoo, Marissa Mayer berkata, pelbagai perubahan diperkenalkan ke atas produk Yahoo sejak dua tahun yang lalu. Namun katanya ia masih tidak dapat membantu pertumbuhan pendapatan syarikat tersebut.

Beliau berkata, pendapatan bagi paparan iklan menyumbang kira-kira 40 peratus daripada jumlah pendapatannya, susut lima peratus bagi suku ketiga tahun ini.

Pertumbuhan pendapatan Yahoo berada pada kadar perlahan sejak kebelakangan ini berikutan perkhidmatan web portal dan e-melnya yang perlu bersaing dengan syarikat lain seperti Google Incorporated dan Facebook Incorporated.

Carian Yahoo menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan sebanyak empat peratus kepada AS$452 milion tahun atas tahun.

Sementara itu, saham Yahoo meningkat 1.1 peratus kepada AS$40,61 dalam lanjutan perdagangan pada Selasa. -Reuters


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now