Ahok Cina Pertama Jadi Gabenor Jakarta

Ahok Gabenor Jakarta Baru
Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok
Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Jakarta meluluskan pelantikan Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok sebagai gabenor bandar raya Jakarta yang baru, sekali gus mengatasi halangan terakhir untuk tokoh politik Tionghua itu.

Bertugas hanya sebagai pemangku sebelum ini, Basuki yang lebih mesra dikenali sebagai Ahok hadir di sidang DPRD Jakarta pagi semalam.

Sidang itu dipengerusikan Speaker DPRD Jakarta, Prasetyo Edi Marsudi dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan.

“Sebagai speaker, saya mengumumkan dan mencadangkan kepada Presiden Republik Indonesia - melalui Menteri Hal Ehwal Dalam Negara - bahawa Basuki Tjahaja Purnama, pemangku Gabenor Jakarta dilantik sebagai gabenor untuk penggal 2012 - 2017,” katanya.

Sesi tertutup itu berlangsung hanya selama 10 minit dan dihadiri 44 daripada 106 anggota.

Semua wakil rakyat daripada Gabungan Merah Putih yang menentang pelantikan Ahok sebagai gabenor memulaukan sidang berkenaan.

Walaupun kehadiran itu tidak mencukupi jumlah minimum 54 anggota untuk sidang disahkan, Prasetyo berkata, syarat itu tidak terpakai kerana sesi semalam dianggap sesi khas menurut perintah Menteri Hal Ehwal Dalam Negara.

“Sesiapa yang meragui kesahihannya boleh membawa isu ini kepada Mahkamah Perlembagaan,” katanya. - Agensi

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Ping Merah Ping Merah 15 November, 2014
memang biasa ada bantahan sebab kaum minoriti yang dilantik