Al-Fatihah Bekas Ketua Polis Negara Meninggal Dunia

Tan Sri Mohd Bakri OmarBekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar meninggal dunia di Institut Kanser Negara, Putrajaya kira-kira pukul 8.45 pagi ini akibat kanser. Beliau berusia 66 tahun.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), ACP Asmawati Ahmad mengesahkan perkara berkenaan kepada Bernama.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di No 10, Jalan Aman Perdana 5U/KU5, Taman Aman Perdana, Meru, Klang.

Mohd Bakri dilahirkan pada 10 September 1948 di Manjung, Perak dan memulakan perkhidmatan sebagai Kadet Asisten Superintenden pada 1 Januari 1971.

Beliau dilantik menjadi Ketua Polis Negara pada 5 November 2003 sehingga Sept 2006, menggantikan Tan Sri Norian Mai.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now