Berita Terkini Banjir Lumpur Di Cameron Highlands 5 Nov 2014

Banjir Lumpur Di Cameron Highlands

Berita Terkini Banjir Lumpur Di Cameron Highlands 5 Nov 2014Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Morni Mamat mengesahkan seorang dilaporkan maut manakala seorang lagi hilang dalam kejadian banjir lumpur yang melanda kawasan sekitar Lembah Bertam di Cameron Highlands, Pahang  petang tadi.

Sementara itu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands meminta penduduk di sekitar Lembah Bertam agar sentiasa peka dan waspada dengan loceng amaran pihak berkuasa berikutan peningkatan paras air di Empangan Bertam.

Kawasan terjejas hanya terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam yang mengorbankan empat nyawa pada 23 Oktober lalu.


6 November 2014 - Mayat mangsa kedua yang merupakan seorang lelaki warga Indonesia ditemui sekitar pukul 9 pagi tadi.

Operasi mencari dan menyelamat hari ini tertumpu di Lembah Bertam, lokasi tumpuan banjir lumpur yang berlaku di Cameron Highlands petang Rabu.

Mangsa ketiga seorang kanak-kanak India berumur 13 tahun masih belum ditemui.

Usaha untuk mengesan mangsa yang dipercayai tertimbus sedang dilakukan pihak bomba dan penyelamat yang dikenali sebagai STORM bermula jam 7 pagi dengan kekuatan bantuan seramai 20 orang.

Banjir Lumpur Di Cameron Highlands
Banjir Lumpur Di Cameron Highlands

Lagi gambar kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands di SINI. Gambar ihsan Jabatan Bomba

Hilangkan Jerawat dan Kulit Berminyak Seawal 3 Hari. KLIK SINI !!! SINI


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now