Biodata Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad

Datuk Seri Ismail Ahmad
Datuk Seri Ismail Ahmad
Kini kecoh satu Malaysia isu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengaitkan peningkatan kadar kemalangan jalan raya dengan plat kenderaan tidak mengikut spesifikasi, cermin gelap dan aksesori kenderaan seperti lampu tambahan (lampu strobe) dan lampu HID ‘head lamp’ 

Nama Ketua Pengarah JPJ Malaysia, Datuk Seri Ismail Ahmad mula popular lanjutan daripada isu ini di mana rakyat mahukan bukti secara saintifik yang boleh mengaitkan peningkatan kadar kemalangan jalan raya dengan kesalahan di atas.

Berikut adalah serba sedikit Biodata Ketua Pengarah JPJ Malaysia 2014 Datuk Seri Ismail Ahmad

BIODATA

Datuk Seri Ismail Ahmad, 56 tahun

Berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Hull, United Kingdom

Mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Ogos 1989.

Tarikh lantikan ke jawatan Ketua Pengarah JPJ - 25 Mac 2013

Pengalaman Kerja
Berpengalaman dalam bidang perancangan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan pentadbiran menerusi kerjaya perkhidmatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah JPJ; Pengarah Kanan Bahagian Perdagangan Dalam Negeri dan Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Kewangan, Kementerian Kewangan dan Penolong Pendaftar Insititut Tadbiran Awam Negara (Intan).

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now