Bonus Setengah Bulan Dan Baucar RM1000 Negeri Johor 2015

Bajet Johor 2015
Beberapa berita baik untuk rakyat dan pegawai Kerajaan Negeri Johor telah diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika membentangkan Bajet Johor 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di Kota Iskandar, Nusajaya pagi ini 13 November 2014.

Antara berita baik yang diumumkan adalah :- 
1) Bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam negeri dengan bayaran minimum sebanyak RM500

2) Pemberian baucar RM1,000 kepada pembeli rumah kos rendah dan sederhana di Johor. Baucar RM1000 Johor ini akan mula diberikan pada tahun 2015 bertujuan meringankan beban pembeli rumah

3) Elaun ahli dewan undangan negeri (ADUN) juga dinaikkan kepada kadar bersamaan gred 54 berkuatkuasa 1 Januari 2015

4) Elaun bulanan ketua kampung di negeri Johor juga dinaikkan daripada RM800 kepada RM1,000

5) Elaun petugas dan penyelia Pusat Pelatih Dalam Komuniti yang melatih orang golongan kurang upaya (OKU) dinaikkan masing-masing dari RM800 ke RM1,000 dan RM1,200 kepada RM1,400 mulai 2015 (peruntukan sebanyak RM1 juta)

Pembentangan Bajet 2015 Negeri Johor Darul Takzim dengan tema 'Membangunkan Johor Secara Inklusif' telah dibuat oleh MB Johor di persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now