Semakan BR1M 2017 Keputusan Permohonan Dan Rayuan

Panduan Cara Buat Semakan Status Permohonan Dan Rayuan BR1M 2017. Hendak tahu status permohonan dan rayuan BR1M 2017 anda samada berjaya atau tidak? Jawapannya semak BR1M 2017 secara online dan sebagainya. Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk menyemak status permohonon BR1M seperti dinyatakan di bawah ini. Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017/6.0 akan dinaikkan untuk semua kategori penerima. Maklumat semakan BR1M 2017 akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Semakan BR1M 2017

Semakan Keputusan Status Permohonan BR1M 2017

Semakan status BR1M 2017 boleh disemak menggunakan kaedah berikut :-

1. Semak Online

  • Boleh disemak di STATUS BR1M 2017.  Permohonan hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja. 
Contoh: 860424035123 

Status Permohonan

Berikut diantara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:-
  1. Diterima : Permohonan telah didaftarkan bagi BR1M 2017 dan belum melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan
  2. Dalam Proses : Permohonan sedang dalam tindakan proses semakan dan verifikasi kelayakan. Kelulusan permohonan hanya akan diketahui bermula pada awal Mac 2017
  3. Ditangguhkan : Permohonan yang belum didaftarkan bagi BR1M 2017 kerana pemohon tidak mengemas kini maklumat BR1M dari BR1M  2014 hingga BR1M 2016. Surat makluman akan dikeluarkan agar pemohon mengemaskini maklumat permohonan dengan menggunakan Borang  Rayuan/ Kemas Kini BR1M 2017 (BK-07) di LHDNM dalam tempoh rayuan BR1M 2017 bermula dari 3 April sehingga 31 Mei 2017. Kegagalan pemohon untuk membuat permohonan BR1M 2017 akan menyebabkan permohonan TIDAK LAYAK
  4. Lulus :  Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
  5. Tidak Lulus :  Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya. Permohonan yang berstatus Tidak Lulus (Maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan), pemohon TIDAK perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk sebarang pengesahan. Pemohon boleh hadir ke Cawangan LHDNM semasa tempoh rayuan (3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017) untuk permohonan rayuan BR1M 2017.
  6. Status Kredit Tidak Berjaya : Untuk permohonan yang berstatus lulus tetapi proses pengkreditan Fasa 1 ke akaun bank adalah tidak berjaya (gagal kredit). Penerima yang berkenaan akan menerima surat makluman gagal kredit bertarikh 10 Mac 2017 [BK-02A(2)(i) / BK-02B(2)(i) / BK-02C(2)(ibt) / BK-02C(2)] iaitu surat makluman bersama baucar yang berwarna kelabu (cetakan hitam putih). Penerima perlu hadir ke mana-mana cawangan bank BSN dengan membawa surat makluman berkenaan untuk penunaian baucar mulai 20 Mac 2017.
Untuk makluman lanjut, sila layari FAQ Semakan Status

2. Semakan Melalui e-Mail

  • Hantar email anda ke alamat br1m@treasury.gov.my mengenai status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.

3. Semakan Melalui Telefon

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716

4. Applikasi Mobile Semakan BR1M

Penerima BR1M kini boleh membuat semakan BR1M menggunakan Applikasi Mobile Semakan BR1M. Terdapat 2 jenis platform yang telah dibangunkan iaitu Android dan iOS. Diantara semakan yang boleh dibuat melalui applikasi semakan ini adalah :-
  1. Status penghantaran borang 
  2. Semakan status permohonan 
  3. Status rayuan
  4. Semakan status bayaran
Applikasi boleh dimuat turun di Play Store (Android) dan App Store (iOS).

Langkah Buat Semakan Appplikasi Mobile

  1. Pilih Play Store atau App Store dan cari Semakan BR1M’.  Kemudian muat turunaplikasi tersebut
  2. Buka aplikasi semakan yang telah berjaya dimuat turun, paparan Laman Utama akan dipaparkan
  3. Untuk membuat semakan permohonan, sila pilih tab Semakan. Masukkan  nombor pengenalan di ruangan yang disediakan dan pilih Semakan Status
  4. Jawab 2 soalan keselamatan dengan betul. Pemohon diberikan sebanyak 3 kali cubaan untuk menjawab setiap soalan. Selepas 3 kali gagal menjawab, semakan tidak dapat dilakukan bagi nombor pengenalan tersebut.
  5. Sila  hubungi  Cawangan  LHDNM  berdekatan untuk semakan lanjut. Pemohon boleh menukar soalan dengan pilih butang Tukar Soalan. Paparan keputusan akan dikeluarkan sekiranya pemohon  berjaya menjawab dua  soalan keselamatan
  6. Pemohon boleh pilih pada tab Hubungi untuk membuat panggilan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.  

Borang Rayuan BR1M

Menurut Laman Web e-BR1M, Permohonan Rayuan BR1M 2017 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM bermula dari 3 April sehingga 31 Mei 2017.

Maklumat berkaitan permohonan rayuan BR1M 2017 yang lain akan dikemaskini dari masa kesemasa. Informasi dibawah yang dikongsikan ini adalah untuk Rayuan BR1M 2016.
Borang Rayuan BR1M 2017 beserta panduan membuat rayuan bagi mereka yang gagal sila klik Rayuan BR1M 2017. Jumlah bayaran BR1M 2017 dinaikkan.
status semakan rayuan brim 2016

Semakan status Kelulusan Rayuan BR1M 2017 secara online atau manual boleh dibuat pada (akan dikemaskini). Tahun 2017 semakan pada minggu ketiga Jun 2016.
Pembayaran BR1M 2017 peringkat kedua akan diawalkan mulai 5 Jun 2017 (Isnin) kepada penerima yang telah menerima BR1M semasa peringkat pertama tempoh hari. Bagi permohonan rayuan, pembayaran dijangka akan dibuat pada 17 Jun.
BR1M 2016
Tarikh Pembayaran pula akan dibuat secara ansuran 3 kali kecuali kategori Individu bujang yang dibuat sekali.

Semakan Rayuan Tahun 2016

Tahun 2017 akan dikemaskini dari masa kesemasa
Berikut disertakan cara-cara membuat semakan status permohonan BR1M 2016 :- 

Berikut adalah status jawapan dari LHDN mengenai pembayaran BR1M 2016 yang masih belum dijelaskan.
Harap maklum, pemprosesan atau pembayaran adalah secara berperingkat.
status br1m 2016
Pemohon boleh melayari Facebook LHDN di LHDN Malaysia. 

Nota

Dikongsikan dari FB LHDN, semakan status kelulusan BR1M 2016 secara online boleh dibuat mulai 28 Januari 2016. Difahamkan penerima BR1M tahun ini telah menerima pembayaran seawal 26 Januari 2016.

semakan status kelulusan br1m 2016

Borang Permohonan BR1M 2017 Online

Permohonan baru Online dan kemaskini BRIM tahun 2017 akan dibuka pada  5 Disember hingga 31 Disember 2016 di https://ebr1m.hasil.gov.my/
* Tarikh permohonan baru dan kemaskini telah dilanjutkan dari 1 Januari sehingga 13 Januari 2017


* Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. 

* Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma di link download di bawah ini
 
Sebagai makluman, senarai bank yang terlibat dalam pembayaran BR1M 2016 adalah disertakan di bawah ini.

Berikut pula adalah syarat kelayakan permohonan BR1M 2017 yang dikongsikan dari Laman Web Rasmi eBR1M.

SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  5. Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar

Semakan Status dan syarat kelayakan Permohonan BR1M 2016

Kemukakan Salinan:

  1. MyKad bagi pemohon
  2. MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  3. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2017.

Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia

1. Kategori e-Kasih (Pendapatan Bulanan di bawah RM1,000 sebulan) : Jumlah Bantuan RM1200

  • Daftar Borang eKasih
  • Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM400 (RM250 :28 Januari 2016) : Bayaran Fasa 1 BR1M 2017 bagi pembayaran secara baucar adalah mulai 18 Februari 2017. Bayaran melalui pengkreditan ke akaun bank adalah bermula dari 22 Februari 2017.
  • Ansuran Kedua : 5 Jun 2017 berjumlah RM400 untuk penerima BR1M pertama. 17 Jun 2017 untuk pemohonan rayuan BR1M
  • Ansuran Ketiga : Bermula 15 Ogos 2017 secara berperingkat : RM400 (RM300 : 15 Jun 2016 - sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
  • Ansuran Keempat : Tiada (RM250 : 28 September 2016)

2. Kategori Pendapatan Bawah RM3k : Jumlah Bantuan RM1,200

  • Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM400 (RM250 : 28 Januari 2016).
    Bayaran pertama bermula 18 Februari 2017 (baucar) dan 22 Februari 2017 (Akaun Bank)
  • Ansuran Kedua : 5 Jun 2017 berjumlah RM400 untuk penerima BR1M pertama. 17 Jun 2017 untuk pemohonan rayuan BR1M
  • Ansuran Ketiga : Bermula 15 Ogos 2017 secara berperingkat : RM400 (RM250 : 15 Jun 2016 - sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
  • Ansuran Keempat : Tiada (RM250 : 28 September 2016)

3. Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4k : Jumlah Bantuan RM900

  • Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM300 (RM200 : 28 Januari 2016).
    Bayaran pertama bermula 18 Februari 2017 (baucar) dan 22 Februari 2017 (Akaun Bank)
  • Ansuran Kedua : 5 Jun 2017 berjumlah RM400 untuk penerima BR1M pertama. 17 Jun 2017 untuk pemohonan rayuan BR1M
  • Ansuran Ketiga : Bermula 15 Ogos 2017 secara berperingkat : RM300 (RM200 : 15 Jun 2016 - sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
  • Ansuran Keempat : Tiada (RM200 : 28 September 2016)

4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k : Jumlah Bantuan RM450

  • Februari 2017 : RM450 (RM400 pada 28 Januari 2016).  
  • Bayaran pertama bermula 18 Februari 2017 (baucar) dan 22 Februari 2017 (Akaun Bank)

SENARAI BANK YANG TERLIBAT BAGI PEMBAYARAN BR1M 2017


BILNAMA BANK
1AFFIN BANK
2AGRO BANK
3ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
4AM BANK BERHAD
5AL RAJHI BANK
6BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
7BANK RAKYAT
8MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
9BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
10CIMB BANK BERHAD
11CITIBANK BERHAD
12HONG LEONG BANK
13HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
14MAYBANK
15OCBC BANK
16PUBLIC BANK BERHAD
17RHB BANK BERHAD
18STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
19UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Semoga semua pemohon BR1M 2017 yang layak berjaya dalam permohonan dan rayuan anda.Kepada yang berjaya, sila gunakan wang bantuan yang diberikan secara berhemah.

{ 21 comments.. read them below or add one }

Bintang Sukan Bintang Sukan 08 Disember, 2014
Laman web BRIM 2015 slow sekarang
Yana Iesz Yana Iesz 29 Mei, 2015
salam,,bagaimana sy nak isi borang permohonan brim 1malaysia ni..
sy dah cari laman web nye..
tapi tak jmpe..
bagaimana yew..
ada sesiapa yg boley bantu sy tak??
i need your help..
please..tq
Rossa Calla Rossa Calla 29 Mei, 2015
sila klik https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx
Jo No Jo No 30 Januari, 2016
Check status brim lulus ,tapi duit x
masuk lagi ,kenapa ye dia orang lupe kot?
RAI EHH RAI EHH 30 Januari, 2016
Nie lg teruk . Dh lulus tp tade duit dlm akaun . Kira oke lg aku kott still dlm proses . Huhu
Unknown Unknown 30 Januari, 2016
Keja drebar lori gaji x menentu...gaji kira trit,gaji kolek ngan makan minum drebar kena tanggung....tiap tiap tahun dapan brim..kenapa tahun ni gagal...harap bg bantuan brim sama adil..jgn nk raih sokongan orang bukan melayu...tolak habis permohonan orang melayu..
Unknown Unknown 31 Januari, 2016
knpe sye x leh nk semak status sye...tiap kali sye msok kn no ic die tulis semakkan kan dalam talian gagal knpe eak...??
Wa Wa Wa Wa 03 Februari, 2016
Check status dh lulus tapi sampai skrg takde duitnye..bila nak masuk...
jimmy anak jantai jimmy anak jantai 03 Februari, 2016
Jimmy 3 februari,2016.saya check status dh lulus tapi sampai skrg takde duitnye...bila nak masuk ka duit dlm akaun bank sya
Vee Vee 04 Februari, 2016
Saya nk tny..sye check proses duit melalui status semakan ia menunjukkan lulus tetapi sy check di atm duit saya belum masuk lagi..tolong bagi penjelasan untuk masalah ini..tq
Anna Anna 23 Februari, 2016
Sy smpai ary ni status dlm proses..thn lpas sng ja..thn ni jd lmbt
Galaxg Tab3 Galaxg Tab3 26 Februari, 2016
Knp brim sy lambt sgt ni,??
Unknown Unknown 25 April, 2016
kenapa no ic sy tak boleh nk semak status br1m online ye?? yg dh buat rayuan tu bila duit akan dapat??
MySemakan MySemakan 09 Jun, 2016
Tahniah kepada yang berjaya mendapat BR1M
Do Di Do Di 09 Jun, 2016
sy nk tw keputusan rayuan sy lulur atau tk sbp sy chek brim tk msuk
shahrul shah shahrul shah 16 Jun, 2016
Call no talian hot line 1800882716..percuma..nti ade pegawai tolong semakan..cuma bagi no ic sahaja.
Tanpa Nama Tanpa Nama 16 Jun, 2016
Br1m 15 Jun 2016 x masuk pun. Hari ni dah 16 Jun...
Tanpa Nama Tanpa Nama 16 Jun, 2016
Sama jugak...dah 16hb check xmasuk.lagi...dah ada yg dah dapat br1m bulan jun 2016 ni ke
cinta hati86 cinta hati86 20 Jun, 2016
rayuan brim saya dah masuk ke..saya nak guna duit esok..boleh tak tolong masukkn hari ni.
Herry86 Zadanial Herry86 Zadanial 01 Julai, 2016
saya semajlk status rayuan dh lulus duit akan di kredit pada 23 jun samapai sekarang chek belom masuk2 ape masallah ni dh masuk julai dah chek dh banyak kali penat lelah dah nk berulang alik ke atm dh la duduk rumah flet nk turun naik tangga tingkat 4 apa masallah lagi..