Cara Buat Tuntutan i-BR1M

Tuntutan i-BR1M. Skim Perlindungan Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M), sehingga kini dipetik dari mStar online bertarikh 21 November 2014, sebanyak 16,540 tuntutan telah diluluskan dan waris boleh membuat tuntutan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2015.
Borang Tuntutan i-BR1M i-BR1M adalah pelan takaful yang memberi manfaat perlindungan kepada penerima BR1M kategori isirumah/ keluarga. i-BR1M bertujuan membantu meringankan tanggungan penerima dan keluarga penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan. Sumbangan i-BR1M ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan tiada kos dikenakan. i-BR1M diuruskan oleh konsortium pengendali Takaful.
Semua penerima BR1M kategori isirumah/ketua keluarga yang mempunyai tanggungan layak mendapat perlindungan i-BR1M. Manakala penerima BR1M kategori bujang dan warga emas sebatang kara adalah tidak layak menuntut i-BR1M.
Borang Tuntutan i-BR1M
Borang tuntutan i-BR1M boleh didapati di pejabat pengendali Takaful atau boleh di dimuat-turun di:
  1. Laman web Persatuan Takaful Malaysia (MTA) di www.malaysiantakaful.com.my
  2. Laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di http://www.hasil.gov.my
  3. Mana-mana laman web pengendali takaful yang mengambil bahagian
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi hotline i-BR1M di talian 03-27152716 atau emel ke i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my.


Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
Tuntutan Kematian
  1. Borang Tuntutan i-BR1M yang telah dilengkapkan
  2. Sijil Kematian
  3. Salinan laporan polis yang disahkan (untuk tuntutan Kemalangan)
  4. Salinan IC dan penyata bank penerima manfaat
  5. Bukti hubungan penerima manfaat
    1. Pasangan - SIjil Perkahwinan
    2. Anak - Sijil Kelahiran
    3. Ibu bapa
    4. Adik beradik
Tuntutan Hilang Upaya Kekal Menyeluruh Akibat Kemalangan
  1. Borang Tuntutan i-BR1M yang telah dilengkapkan
  2. Salinan Kad Pengenalan penerima BR1M
  3. Salinan laporan polis yang disahkan
  4. Salinan IC dan penyata bank penerima manfaat
  5. Bukti hubungan penerima manfaat
    1. Pasangan - SIjil Perkahwinan
    2. Anak - Sijil Kelahiran
    3. Ibu bapa
    4. Adik beradik

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 21 November, 2014
terima kasih di atas perkongsian yang menarik ini...