Contoh Surat Rayuan Pertukaran Guru egtukar

rayuan egtukar

Contoh Surat Rayuan Pertukaran Guru egtukar | Berikut disertakan contoh surat rayuan pertukaran guru egtukar untuk panduan semua. Keputusan penempatan bagu guru yang telah berjaya akan di buka untuk semakan esok di SINI.

Contoh Surat Rayuan Pertukaran Guru egtukar

Nama
Nama sekolah


Nama ketua sektor
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah,
negeri.                                                 tarikh

Tuan,
RAYUAN PERMOHONAN KELULUSAN PERTUKARAN KE PPD xyz

Merujuk perkara di atas, saya nama, guru di SMK xyz ingin membuat rayuan agar pihak tuan meluluskan permohonan pertukaran ke PPD xyz. Saya telah menghantar borang permohonan melalui e-G Tukar baru-baru ini.

2. Antara sebab saya perlu bertukar ke PPD xyz ialah kerana sudah ____ tahun berkhidmat di sini. Selama ___tahun jugalah saya berulang-alik dari ________setiap bulan seorang diri bersabung nyawa di jalan raya melaui perjalanan sejauh ___km.  Kos berulang-alik yang tinggi menyebabkan saya sering kesempitan wang. Saya juga merancang untuk membina rumah di sana sebagai tempat tinggal ibu dan bapa saya yang sudah uzur sebagai melunaskan tanggungjawab saya sebagai anak yang sulung. 

3. Faktor lain saya mahu berpindah ke PPD ______ialah saya belum ________. Saya benar-benar mahukan pengertian dan belas kasihan dari pihak tuan.

4. Saya juga sangat bimbang dengan keselamatan saya yang duduk di sini tanpa saudara mara. Rumah saya telah dipecah masuk oleh orang yang tidak bertanggungjawab pada ________. Pada hari kejadian, hanya bilik saya yang diselerakkan. Rasa fobia dan tidak selamat sering menyelubungi saya, lebih-lebih lagi saya belum__________________. Kebimbangan saya tiada penghujungnya kerana kejadian pecah rumah kerap berlaku berlaku di kejiranan saya diami. Malah ketika surat ini ditulis, satu lagi kejadian sama berlaku di sini beberapa hari lepas. Saya merasa sungguh terancam keselamatan diri dan harta benda. Saya ada lampirkan salinan laporan polis untuk rujukan pihak tuan.

5.  Saya amat berharap agar pihak tuan mengambil perhatian dan mempertimbangkan  rayuan saya ini. Kerjasama dan tindakan dari pihak tuan amat saya hargai. 


Yang  Benar,

………………………………..
(nama)
Guru Siswazah DG41,
SMK xyz.
  

Selamat berjaya.

Kredit https://www.scribd.com/doc/92956439/Contoh-Surat-Rayuan-Pertukaran

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now