Doa Selepas Azan dan Iqamah

Doa Selepas Azan Dan Iqamah. Apa maksud Azan dan Iqamah? Azan dari segi bahasa bermaksud pemberitahuan. Manakala dari segi syara‘ pula diertikan sebagai suatu gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui waktu sembahyang fardhu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu. Iqamah pula bermaksud sebutan tertentu untuk membangkitkan para hadirin mengerjakan sembahyang. Berikut dikongsikan doa selepas azan dan iqamah beserta bacaan dalam rumi.
Doa Selepas Azan

Azan dan iqamah adalah dua perkara sunat dilakukan sebelum melakukan mana-mana sembahyang fardhu.
Hukum Azan dan iqamah adalah sunnah mu’akkadah secara kifayah sebelum menunaikan setiap sembahyang fardhu sama ada dilakukan secara berjama‘ah atau bersendirian, sama ada sembahyang qadha’ atau tunai bagi orang lelaki.
Bagi lelaki yang bersembahyang bersendirian, kedua-duanya (azan dan iqamah) disunatkan secara ‘aini. Bagi kaum wanita pula, sama ada berseorangan atau berjama‘ah disunatkan melakukan iqamah sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah dengan meninggikan suara mereka.

Doa Selepas Azan dan Iqamah

Doa Selepas Azan dalam rumi
Kredit Shafiqolbu

Video Doa Selepas Azan dan Iqamah

Semoga Doa Selepas Azan dan Iqamah ini bermanfaat buat semua.

0 comment... add one now