Gambar Fara Fauzana Terima Ijazah Sarjana Kehormat

Fara Fauzana sarjana
Gambar Fara Fauzana Terima Ijazah Sarjana KehormatFara Fauzana, pengacara dan penyampai radio  Hot FM telah menerima Ijazah Sarjana Kehormat dalam bidang Komunikasa Massa dari Kolej Universiti Geomatika di majlis Konvokesyen yang berlangsung di Hotel Premiera, pada 1 November 2014.

Fara, 34, berkata, penganugerahan tersebut diberi berdasarkan pengalamannya selama sepuluh tahun dalam bidang penyiaran televisyen dan radio.

Penganugerahan tersebut dipertikaikan segelintir pihak yang mendakwa penyampai radio Hot FM itu masih belum cukup berpengalaman untuk melayakkannya dikurniakan mana-mana ijazah kehormat.

Fara Fauzana sebelum ini memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) dari UiTM Shah Alam dan pernah menyambung pelajaran di peringkat Sarjana di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2004, namun tertangguh akibat terlalu sibuk dengan kerja.


Tahniah kepada Fara Fauzana dan berikut adalah gambar Fara sekitar Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Geomatika di Hotel Premiera, 1 November 2014.

Gambar Fara Fauzana Terima Ijazah Sarjana Kehormat
fara fauzana sarjana

Fara Fauzana sarjana

Fara Fauzana sarjana


Hilangkan Jerawat dan Kulit Berminyak Seawal 3 Hari. KLIK SINI !!! SINI

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now