Gambar Fenomena 'Ikan Mabuk' Di Sungai Muar

ikan mabuk sungai muar
Kejadian dikenali sebagai fenomena 'ikan mabuk' telah mengemparkan penduduk daerah Muar tengahari semalam dimana ribuan ikan terutama ikan gelama muncul di permukaan Sungai Muar berhampiran Masjid Sultan Ibrahim di sini.

Fenomena 'ikan mabuk' menyaksikan ribuan ikan akan timbul dan melompat-lompat di sungai ketika air surut yang dipercayai berlaku disebabkan oleh peralihan air sungai dan campuran air hujan di Sungai Muar.

Orang ramai disekitar kawasan berhampiran tidak melepaskan peluang untuk menjaring atau menangkap ikan hingga mampu membawa pulang lebih 10 kilogram setiap seorang.

Berikut antara gambar-gambar menarik kejadian fenomena 'ikan mabuk' di Sungai Muar semalam :-
ikan mabuk

ikan mabuk
ikan mabuk


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now